Pernahkah hati tertanya2, kenapa ye,walaupun sering mengambil berbagai2 jenis supplement, namun badan masih rasa sakit, rasa tak cergas, mudah rasa letih dan kadang2 tak bermaya macam tak ada tenaga nak bergerak. Pernah juga saya dengar keluhan hati beberapa wanita, kata mereka, mengapa tiba2 rasa sayu, sedih, moody, rasa nak marah pada pekara yang remeh temeh,tidak dapat mengawal emosi. Mengapa jadi begini?? Di mana silapnya?? Rasa2, apa puncanya?? Entah le bagi saya setiap sesuatu berlaku pasti ada sebab. Rasa macam tak boleh terima (bila doktor sahkan kita tiada penyakit, kita sehat) kalau orang kata ‘ there is nothing wrong with you’ . Then how come i feel like this!
Percaya kah anda jika saya katakan makanan menpengaruhi rasa dan perasaan dalam badan kita??? Mempengaruhi hormon???
Teringat saya pada satu ketika dulu saya pernah membaca satu kajian ilmiah dilakukan di England. Bagaimana makanan mempengaruhi perwatakan kanak2. Ada jenis2 makanan bila diberi kepada kanak2 membuat mereka jadi moody, hiperaktif dan nakal.
Jadi bagaimanakah kita boleh merungkaikan permasaalahan ini? kalau ye, sekiranya makanan adalah puncanya. Bagaimana kita nak tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh?
Menurut seorang doktor di dalam bukunya (dah lupa nama buku tu), kita perlu melakukan detoxification kerana badan yang mengandungi banyak toksik terutama dibahagian hati akan menghalang supplement2 dan makanan yang berkhasiat diserap dengan berkesan ke dalam tubuh badan.
Menurut doktor yang lain pula, kita perlu mencatat di dalam satu buku nota setiap makanan yang dimakan dan perasaan kita, kesan dari makanan itu, pada ketika itu, satu jam kemudian dan dua jam selepas itu dan seterusnya bagi mengenal pasti makanan yang manakah mempegaruhi jiwa dan perasaan kita.
Saya? Emmm…pukul 7.30 pagi saya sarapan. Minum 1/2 cawan nescafe (nak kurangkan kafein), dua keping roti dengan sekaya, 1 sudu teh habbatussaudah yang dicampur royal jelly dan spirulina. Bagaimana perasaan saya selepas makan? ok dah kenyang, mood ok, ada tenaga tapi bagaimanakah selepas 1,2 atau 3 jam nanti. Adakah timbul perasaan sayu, sedih, moody atau masih ceria. Saya kena tuliskan itu semua setiap kali lepas makan dan insyaAllah dalam sebulan saya boleh mengenal pasti makanan yang merupakan punca permasaalahan ini.
Memang ini memerlukan masa dan tenaga tetapi kita kena berusaha, kerana setiap masaalah kalau dibiar lama akhirnya akan menjadi kronik yang sangat sukar untuk dibaikpulih.
Esok insyaAllah kita sambung lagi dengan topik ini dan juga perbincangan yang pernah berlaku diantara saya dengan pelajar universiti.
X sabar nk ikuti seterusnya…
Kalau puan tulis buku, saya pasti beli. Masyarakat kita perlukan perkara sebegini. Terima kasih puan kerana sudi berkongsi.
Terima kasih Eqa kerana sudi luangkan masa baca diblog saya ini. 🙂