Chia seeds dan Goji

Chia seeds.
image

image

Pukul 11.45 pagi tadi saya rendam 2 sudu teh Chia seeds ke dalam secawan air. Oleh kerana chia tidak mempunyai rasa jadi saya masukkan 1 sudu makan goji. Saya biarkan selama 1 jam.

image

Chia dan Goji sudah kembang. Rasa? Ok not bad. Boleh katakan minum air Goji.

Chia mengeluarkan jeli. Kemungkinan air yang saya guna agak banyak untuk 2 sudu teh Chia jadi tidak banyaklah jeli. Teringat saya pada biji Selasih (Basil seeds) yang selalu kita masuk ke dalam sirap, minum masa buka puasa. Macam tu lah rasa chia seeds ini. Saya gunakan air pada suhu bilik (room temperature). Lain kali akan cuba dengan air yang suam kuku. Air panas tidak boleh kerana ia akan memusnahkan enzim yang terdapat dalam Chia seeds.

Terfikir diminda saya, samakah khasiat yang terkandung di dalam biji Chia dengan biji Selasih? Hmm… Yang pasti Chia seeds lebih mahal dari biji selasih!

Bacaan lanjut:
Khasiat chia seeds

Khasiat cranberries.

Jus cranberries sangat mujarab bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing yang tidak serius, menyebabkan rasa sakit ketika membuang air kecil. Minum 15fl oz jus cranberries akan menghalang bakteria berada didinding pada saluran kencing. Menurut Dr. Anthony Sobota, professor of Microbiology, Youngstown University, Ohio, USA.

image

Cranberries yang telah kering. Sebaiknya dapatkan yang organik dan tanpa campuran gula.

Bagi mereka yang selalu mengambil oat untuk sarapan, cuba masukkan segala macam berries dan kacang seperti walnut, gajus dan almond. Ia akan membuat anda lebih selera untuk makan oat pada setiap pagi.

Khasiat Bawang Putih

Ramai yang tidak sanggup makan bawang putih mentah kerana bau yang tidak menyenangkan pada mulut dan juga nafas. Namun begitu khasiat bawang putih amat dikagumi. Terlalu banyak manfaat untuk tubuh badan.

image

Adakah khasiat bawang putih akan berkurangan atau hilang sekiranya dimasak? Ada yang mengatakan ya dan tidak.
Terdapat enzim didalam bawang putih yang akan musnah sekiranya dimasak kerana enzim2 ini tidak akan mampu bertahan dengan suhu panas yang tinggi. Namun begitu bagaimana dengan kandungan vitamin, mineral dll?
Yang pasti tidak akan sama keberkesanan yang masak dan yang mentah pada tubuh badan. Kerana enzim memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan.

Bagaimanakah cara menghilangkan bau mulut dan nafas? Boleh kunyah bunga cengkih atau daun pasley.

Khasiat? Meningkat kadar kolesterol hdl dan menurunkan  ldl. Membantu proses pencernaan, mengeluarkan tosik, dapat menurun kadar gula dalam darah, mencairkan darah, mencegah penyakit jantung dan pengerasan arteri, melarut lemak, meningkat sistem imun, mencegah kanser, melancar buang air kecil, merawat selsema, lelah, mencairkan kahak dan banyak lagi.
image
(Buku ini juga saya gunakan untuk sebahagian rujukan)

Cara mengambil,
2 atau 3 ulas sehari semasa makan,
1/2 atau 1 sudu teh jus bawang putih dicampur dengan madu lebah atau air.
Kalau rasa tak sanggup nak makan mentah boleh lah beli yang kapsul.
Terdapat dijual di Farmasi, Guardian, Vitacare dan supermarket.

Semoga catatan diatas dapat membantu meningkatkan kesihatan. Selamat mencuba, insyaAllah tiada kesan sampingan, tapi bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis dapatkan nasihat doktor sekiranya bercadang mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.