Inilah kali pertama saya masak sup masuk Nutritional yeast. Hmm.. Rasa? I like it! Bagi saya sedap πŸ™‚ InsyaAllah sup ini sangat berkhasiat. Sesuai di hidang untuk sarapan dan makan malam bersama roti. Harap budak-budak suka dengan masakan ini.

image

Kukus labu dan ubi keledek. Kulit ubi tidak dibuang sebab saya guna ubi organik. Lupa pula nak timbang berat ubi dan labu untuk resipi ini. Nampaknya kalau nak masak sup ni kena kira berapa ubi dan labu…hehe

image

image
Saya kisar labu dan ubi dengan 2 cawan air

image

image
1/2 ekor ayam (bahagian dada) direbus dengan 4 cawan air, selama 30 minit. Bila ayam dah masak keluarkan dan carik2 isi ayam dan begitu juga dengan mushroom segar.

image
Saya masuk bahan yang dikisar ke dalam air rebusan ayam. Bila dah mendidih, masukkan ayam, mushroom, 1 sudu makan nutritional yeast, 1/3 sudu teh marmite, sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan di atas api yang kecil saja. Dah masak, jangan pula lupa tutup api πŸ™‚

Selamat mencuba.

9 thoughts on “Sup Labu dan Ubi Keledek Jepun

  1. Teringin juga mahu try, tk prnah cuba buat bubur kisar ubi dan labu..tentu rasa lemak2 ye.

  2. Sejak merasai resepi2 puan, ank sya yg dlm pantang asyik trtanya2 resepi baru. Sy ingat2 lupa (lama dah tak beranak!), ubi dn labu kan tak sesuai utk wanita dlm pntang..betul ke? Tapi anak sya ni fahaman moden baginya tak perlu pantang asal makan ubat hospital..

  3. Hmm sungguh menyelerakan & berkhasiat .. mak saya kalau masak labu suka letak daun kunyit. Labu adalah antara buah kegemaran Nabi SAW

  4. Sy n tunang prnah mkn sup begini dlm majlis tapi bila blik dn cuba tapi xsesedp mcm tu. Mukin sy xbuh nutritional yeast dn marmite..sy pasti cuba resepi ni..

    1. Sila baca dalam entri saya sebelum ni ‘Nutritional Yeast dan Marmite’. Kebanyakkan supermarket ada menjual Nutritional Yeast, saya beli diJusco.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s