Satu masa yang lalu saya ingat daun Salam ni hanya digunakan untuk masakan seperti daun limau purut dan daun kunyit, sehinggalah saya ke jogjakarta, indonesia. Saya dan suami singgah dirumah ibu seorang teman. Di depan rumahnya, berdiri gagah satu pokok salam yang sangat tinggi.

image

Kami diberitahu mereka sering rebus daun salam dengan gula batu, dan di jadikan sebagai teh daun salam yang sangat baik untuk kesihatan. Masa itu saya akui ibu teman kami, seorang wanita yang sudah lanjut usia, sihat, tegap dan dia juga menjalankan kerja amal yang memerlukan beliau bergerak aktif. Memang jelas kelihatan dia seorang yang cergas. Ketika itu saya difahamkan, itu lah amalan ibu nya, minum teh daun salam setiap hari.

Khasiat daun salam dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah yang melonjak melebihi paras normal, menurun tekanan darah dan kadar kolesterol ldl, merawat ulser perut, pening, migrain, katarak, gatal2, kudis dan ekzema. Daun salam juga disebut2 boleh mengatasi cirit birit, pedih ulu hati dan mengurang asid urik dalam badan.

Resepi teh daun salam
Untuk cirit birit 10 daun segar (daun kering guna separuh daun segar)
+ 2 cawan air. Rebus 15 minit dan minum ketika masih lagi panas.

Untuk kencing manis ambil 6-8 daun salam segar + 3 cawan air hingga jadi 1 cawan teh salam, biar sejuk dan minum sebelum makan dan lakukan dua kali sehari. ( sesuai juga untuk tekanan darah tinggi dan kolesterol)

Untuk asid urik 10 daun salam segar + 4 cawan air rebus sehingga menjadi 2 cawan.

Untuk ekzema 8 daun salam segar + 20 gram kunyit. Tumbuk lumat dan sapu pada kulit yang sakit.

Advertisements

6 thoughts on “Khasiat daun Salam (Bay Leaf)

  1. Sy sgt minat pd teh herbal..dulu tak tahu sgt tapi bila mula baca blog puan, terlebih byk tahu pula sampai sy dah tak tahu nk minum yg mana satu..semuanya mcm best sgt!

  2. Sy pun sependapat dgn cik Amoi Cun. Sekarang koleksi teh herbal semakin brtambah..(wlp tak byk), sy pun dah mula konpius nk minum yg mana satu..adoila hehehe

  3. Sy baru tahu kewujudan daun salam ni..itu pun kebetulan adik yg berada di mesir meminta sy membeli daun salam untuk masak nasi arab..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s