Gout.

Kata orang, gout penyakit orang kaya? Setuju ke?
Penyakit ini bila diserang, aduh sakitnya! Ada yang mengerang, bila dah terlampau sakit. Kata teman saya, suaminya tak mampu nak berjalan. Serius ni! Sakit akan reda bila diberi ubat, akan menyerang semula jika tidak mengawal diet. Apakah sebab dan bagaimana menghindarinya?Adakah kerana kadar asid urik terlalu tinggi? Rupanya bila asid urik ni tinggi di dalam badan, seseorang akan mudah mendapat gout. Biasanya penyakit ini lebih berminat pada kaum lelaki.

Kurangkan daging dan organ dalaman seperti hati, ginjal, jantung, seafood, minuman manis, kekacang dll. Banyak nak kena pantang bila dah biasa mendapat gout. Jadi bagi mereka2 yang belum pernah mengalaminya, kenalah jaga diet. kesakitan yang terpaksa ditanggung ketika diserang gout sukar diterjemahkan.

Digalakkan minum air yang banyak dan mengambil sayuran2 bagi mencegah dan merawat.. Celery seeds sangat berkesan. Satu ketika dulu saya selalu beli celery seed, simpan dirumah, kalau2 ada yang memerlukan, bolehlah diberi. kini amat sukar untuk mendapat celery seeds ( dulu banyak dijual disupermarket dan murah, 1 paket kurang dari 6 ringgit ). selain dari itu dikatakan Celery+ carrot (or apple) kisar dan minum 3x sehari dapat membantu dan melegakan kesakitan. Satu lagi dikatakan penawar gout ialah alfalfa (bagus juga untuk arthritis dan rheumatism)

image
Saya suka makan nasi berulamkan alfalfa.
1sudu makan cuka epal+1 sudu makan minyak zaitun+1/2 sudu makan madu, kacau sebati dan tuang keatas semangkuk kecil alfalfa dan gaul rata bersama 1 bawang sederhana besar dihiris nipis dan beberapa cili padi. Oops jangan lupa garam. Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral. khasiat nya luarbiasa dikatakan dapat menyembuh pelbagai penyakit di samping dapat menguat sistem imun, melindungi saraf, meningkat stamina dan pengeluaran hormon dan juga mengeluar toksin didalam badan. Alfalfa boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Keracunan makanan

Semalam saya dijemput kawan makan tengah hari di rumahnya. Sebelum itu perut dah rasa kurang selesa. Saya dah jangka saya akan sakit tapi terlupa pulak nak minum jus aloe vera. Saya terus ke rumahnya, makan dan bersembang2. Sejam jugak duduk disana. Terlintas di hati nak balik awal tapi fikir punya fikir, rasa kurang manis lah pulak. Tiba2  badan rasa macam nak demam, terpaksa jugalah minta diri, balik.

Badan rasa sangat lemah dan saya jangka saya mungkin keracunan makanan. Detik hati,  sakit ini memang serius dan ketika ini siapa pun tiada di rumah.  Suami dalam perjalanan pulang dari Bangkok, lewat petang baru tiba and my only son pula keluar, jumpa kawan.

Saya ke dapur minum 1/2 cawan jus aloe vera dan terus naik ke atas dan baring. Saya tahu keracunan makanan sangat merbahaya. Perut dah memulas dan saya cuba menahan kesakitan.  Sejam kemudian saya minum lagi 1/2 cawan jus aloe vera dan merancang kalau semakin teruk keadaan saya, mungkin perlu pergi ke klinik. Biasanya kalau minum 2 kali insyaAllah the problem is gone but not this time. Sakit dah kurang, tapi sikit je, but its a good sign. Minum jus kali ke 3. Kali ni 3/4 cawan. Alhamdulillah selepas 30 minit, sakit dah kurang hampir 90%. Masih terasa sikit sakit tapi boleh kira dah ok. No dinner dan tidur dengan perut keroncong, hehehe…

Saya selalu stok jus aloe vera dirumah. Saya ada tulis khasiat aloe vera sangat menarik dalam entri sebelum ini. I’m ok now, Alhamdulillah.

Gula.

Benarkah ibu segala penyakit datang dari gula? Tidak? Kalau gula dalam darah terlalu rendah akan memberi musibah pada diri kita. Namun begitu jika berlebihan pun berbahaya juga!

Makanan dan minuman masakini kalau diamati betul2 ternyata kandungan gula sangat tinggi. Bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan bagi melindungi anak2, suami dan diri kita dari mengambil gula dengan berlebihan…

Kalau biasa di rumah suka makan dan minum yang manis2 je, cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Carilah alternatif, mungkin ganti dengan madu atau pun stevia. Percayalah lama kelamaan  terlalu manis tidak ada dalam kamus hidup!! Kasihlah diri kita dan keluarga demi kebahagian masa depan.

Tiada siapa boleh mengubah cara hidup kita.  Hanya kita! ya kita, yang boleh mengubah dengan izin Allah. Kita hanya ada dua pilihan dalam hidup ini. Yang baik untuk hidup ini dan yang tidak baik.

Percayalah penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Ia adalah satu penyakit yang serius. Inilah penyakit yang boleh kita jauhi jika kita mahu. Ada orang mengatakan penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan. Ye ke? Kalau kita selalu pastikan kadar gula dalam darah sentiasa rendah, macam mana tu? Keputusan di tangan kita. InsyaAllah.

image
Teh ni dimaniskan oleh daun stevia. Saya tidak suka guna daun stevia sebab daun ni berbau. Walaubagaimana pun demi kesihatan, stevia lebih baik dari gula.

image
Daun stevia. Madu pilihan saya!

Stevia mengandungi protein, iron, calcium, phosphorus, potassium, sodium, magnesium, zinc, vitamin A dan C. Stevia tiada kalori dan mampu mengawal gula dalam darah. Boleh menghalang kerosakan gigi dan penyakit gusi. Dikatakan boleh menyembuh berbagai penyakit kulit. Sesuai untuk penghidap kencing manis dan bagi orang2 yang bercita2 nak kuruskan badan!!