Khasiat Barley Grass.

Kandungan alkali yang tinggi dalam barley grass sangat berguna untuk mengimbangi asid dalam tubuh kita.

image

image

Barley grass kaya dengan vitamin, garam mineral, klorofil dan SOD iaitu enzim antioksida yang membantu melenyapkan radikal bebas, mengimbangi ph darah,membekalkan nutrient yang diperlukan oleh sel2 badan, membantu dalam proses pencernaan dan penyingkiran toksin.

Dr.Yoshihide Hagiwara, saintis dan pakar perubatan mengkaji khasiat pelbagai jenis tumbuhan dan mendapati daun barli hijau mempunyai sumber khasiat yang terkaya berbanding dengan tumbuhan2 lain dan mengesahkan boleh meningkat stamina, sangat berkesan merawat ulser, mengurangkan sakit sendi dan otot juga boleh meningkat daya sistem pertahanan tubuh. Disamping itu juga dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

image

Sedih.

Bila saya teringat kanak2 yang didera, hati saya terasa begitu sedih dan marah. Saban hari sering kita dengar dan baca di dada akhbar dan majalah, bagaimana ramai kanak2 yang tidak berdosa, yang masih belum mengenal erti kehidupan dianiayai sehingga diluar batasan kemanusian… menyebabkan kematian dan ada yang cacat sehingga akhir hayat. Mengapa jadi begini?

Hari ini saya ingin luahkan perasaan yang terbuku sekian lama….. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mencegah semua ini? Menghukum mereka2 yang kejam ini dengan hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran? Walaupun di beri hukuman tetapi kenapa masih ada yang melakukan. Adakah hukuman2 ini tidak menimbulkan rasa takut sehingga tiada memberi kesan dihati mereka?? Keluar air mata darah sekali pun hati seorang ibu dan ayah tidak akan dapat menerima hakikat kehilangan anak mereka kerana didera! Mampukah kita mencegah? Rasanya, tak mungkin. Kurangkan? Boleh cuba.

Masa kini ramai ibu2 yang bekerja dan mereka ini amat memerlukan pembantu rumah bagi meringankan tanggungjawab yang perlu dipikul. Bagaimana kah kita boleh diberi jaminan anak kecil dibawah jagaan pembantu rumah sihat dan selamat? Ada juga ibu2 lebih gemar anak2 dihantar dirumah jiran, kerana rasa itu lah jalan yang terbaik, pun begitu selamatkah anak2 kecil ini? Betul, semua tindakan yang dibuat oleh ibu2 ini,saya pasti telah difikirkan sebaik2 mungkin.

Bagi diri saya, hati pembantu rumah perlu dijaga. Perlu diberi layanan yang baik. Janganlah difikirkan kerana gajinya kita bayar, maka kita boleh marah sesuka hati, tiada perasaan bertimbang rasa sehingga rasa sakit mata bila melihat pembantu rumah berehat. Buatlah terbaik pada pembantu rumah, insya Allah, kita akan mendapat hasil yang terbaik. Kalau mendapat yang sebaliknya, then she is a problematic person, Get rid of her soon for the sake of your child!

Serai dan Royal Jelly.

Bagi saya makanan macam ni sangat berkhasiat. Bila makan terutama dengan ikan bakar atau ikan kukus, berselera! Mungkin jugak le sebab dah dapat title ‘auntie’, mak cik, suka makanan2 macam ni. Benarkah bila usia meningkat citarasa pun berubah? Emm..

image

7 batang serai(buang lapisan2 yang keras sehingga dapat yang lembut), satu labu bawang besar, 1 cili merah jangan lupa buang biji, dan setengah batang carrot. Semua dihiris nipis kecuali carrot.

image

Masukkan 1 sudu makan royal jelly, 1 sudu makan cuka epal dan garam secukup rasa. Gaul bagi rata. Biarkan 1 jam supaya sebati.
Saya pernah tulis khasiat serai dalam entri sebelum ini. Moga semua ini memberi manfaat pada kita semua. InsyaAllah.