Spagetti Sesame

Tengah hari tadi masak spagetti sesame. Saya suka sebab resipi ni mudah dan berkhasiat. 😀
Saya masukkan marmite. Bagus kalau galakkan anak-anak makan marmite kerana ia mengandungi banyak vitamin dan sangat baik untuk tumbesaran mereka. Begitu juga dengan minyak sesame (bijan), banyak manfaat untuk kesihatan badan….

image

image

image

Bahan-bahan:
1) Semangkuk spagetti
2) Bawang putih dan cili padi dihiris nipis
3) Daging dihiris nipis
4) carrot, mushroom dan kobis
5) 1 tbsp marmite
6) 2 tbsp minyak sesame ( bijan)
7) lada sulah dan garam secukup rasa.

Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit je minyak hingga kekuningan. Masukkan daging, dah masak baru masukkan sayur dan spagetti. Kacau bagi rata. Akhir sekali masuk marmite (cairkan marmite dengan sedikit air), minyak sesame, lada sulah dan garam secukup rasa..

Cuba le resipi yang simple ni, mungkin anak-anak suka… 😀

Vitamin D dan Kanser

Semalam terbaca satu artikel, hampir semua pesakit kanser payudara di dapati kekurangan vitamin D. Penyelidikan di India mendapati bahawa lebih daripada 95% pesakit kanser payudara kekurangan Vitamin D. Kajian itu disiar dalam jurnal India, Endokrinologi dan Metabolisme bulan Mei 2012

Kajian India tidak membayangkan bahawa kekurangan vitamin D menyebabkan kanser payudara, tetapi ia menunjukkan terdapat beberapa hubung kait antara tahap vitamin D dan kanser payudara. Penyelidikan baru ini ditambah dengan penyelidikan yang semakin meningkat menunjukkan vitamin D boleh
mencegah dan merawat pelbagai jenis kanser.

Penemuan baru-baru ini, bahawa dengan bantuan vitamin D, badan berkeupayaan melawan banyak penyakit kronik telah mendorong ramai penyelidik – terutama mengenai kemungkinan vitamin D dari cahaya matahari boleh menawarkan pencegahan dan penyembuhan penyakit seperti kanser.

Menurut sebuah institute kanser kebangsaan di negara Barat, 80% kes kanser boleh dielakkan. Pemakanan yang sihat dan seimbang seperti diet yang rendah gula halus (refined sugar) dan daging diproses serta tinggi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan vitamin D boleh mencegah kanser. Kajian juga telah menunjukkan diet yang tinggi dalam produk haiwan dan tenusu yang mengandungi hormon dan lemak tepu boleh menyebabkan kanser payudara.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2011 ke atas 60,000 wanita selepas menopaus, didapati bahawa wanita dengan peningkatan paras vitamin D yang diperolehi melalui diet dan makanan tambahan, mengurangkan risiko kanser payudara. Peningkatan tahap vitamin D ini berlaku apabila wanita ini terdedah kepada cahaya matahari.
Dikatakan cara yang paling mudah untuk membantu badan mendapat vitamin D adalah dengan berjemur di bawah cahaya matahari selama 15 minit, 2 atau 3 kali seminggu.

Links:

Vitamin D and cancer-nine facts “they” wont tell you

Vitamin D-‘ Enormous potential to beat cancer’

Alpha lipoic acid

Alpha lipoic acid adalah sebatian yang penting untuk fungsi asas badan kerana ia menukarkan glukosa kepada tenaga. Satu antioksidan yang sangat kuat dan boleh didapati dalam brokoli, hati, yis, bayam dan kentang. Manfaat yang paling penting ialah ia boleh meneutralkan pelbagai radikal bebas. Alpha lipoic acid mampu menjanakan semula beberapa antioksidan lain termasuk vitamin C dan gluthathione. Meningkatkan tahap gluthathione adalah sangat penting kerana ia melindungi tubuh daripada kerosakan dan berperanan utama dalam detoksifikasi serta menghapuskan karsinogen dan toksin dalam badan.

image

Alpha lipoic acid telah menunjukkan keupayaan untuk melindungi hati dari racun dan menjana semula hati, jika ia rosak. Ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap tahap kolesterol serta membantu untuk mencegah penyakit jantung. Alpha lipoic acid berupaya menormalkan tekanan darah, meningkat sistem imun, bermanfaat ke atas keradangan, dapat mencegah kalsium oxalate daripada membentuk dan merosakkan buah pinggang.

Satu lagi faedah besar daripada alpha lipoic acid ialah mengoksidakan protein, lemak dan karbohidrat ke dalam bentuk yang boleh digunakan tenaga yang dikenali sebagai adenosine triphosphate atau ATP.

Disebabkan ia sangat luas manfaat kesihatan untuk mencegah dan merawat penyakit. Alpha lipoic acid juga telah digunakan dalam rawatan penyakit kronik degeneratif. Ia juga telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap banyak penyakit yang berbeza dari katarak kepada kanser. Alpha lipoic acid telah digunakan untuk meningkatkan fungsi mental dan di negara Jerman ia digunakan secara meluas untuk rawatan neuropati diabetes, jenis kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan, kehilangan sensasi dan kelemahan.

Untuk bacaan lebih lanjut:

The benefits of Alpha Lipoic Acid

Alpha Lipoic Acid for weight loss, Anti Aging and Nerves


Alpha Lipoic Acid: Health benefits

Apa yang sangat menarik tentang Alpha Lipoic Acid ini ialah dikatakan juga boleh memperbaiki dan mengekalkan kulit kelihatan muda. Hmm…antiaging!