
Teh Peria Organik
Baru-baru ni pergi kedai organik, nampak peria katak yang telah dikeringkan. Saya pun belilah. Kali pertama minum teh peria katak, hmm..ok la juga, rasa pahit tapi taklah sepahit peria segar. Teh peria mempunyai beberapa manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko mendapat kencing manis, anti diabetes atau mengawal paras gula dalam darah. Walaupun secara amnya peria katak dianggap selamat, tapi pada dos yang tinggi boleh memberi kesan sampingan, kerana ia boleh membawa kepada cirit birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Jus peria mengandungi polipeptida, yang serupa dengan insulin dan boleh digunakan sebagai alternatif kepada insulin pada orang kencing manis. Ia membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Jus peria juga manfaat bagi orang-orang menderita buasir. Ia juga boleh meningkatkan stamina dan melawan sindrom keletihan kronik. Peria katak juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi. Makan peria juga boleh menyembuhkan sakit sendi, baik untuk penghadaman dan ia juga mempunyai ciri-ciri anti radang.
Bacaan lanjut:
Health benefits of Bitter Melon
Peria katak organik

Cara membuat teh peria:
Ambil beberapa keping peria dan rendam dalam air panas selama 3~5 minis.
Baru ni saya bakar peria yang telah dihiris nipis kedlm oven 200° C selama 35 minit. Kemudian saya biarkan sejuk dalam oven.
Konon nya nak buat macam seperti yang di beli. Tak jadi.. haha..
Walaupun tak rangup, sedap pulak makan begitu saja.. 😉

Adalah disyorkan bagi mereka yang mengalami masalah seperti di nyatakan diatas, mengambil 1 tbsp jus peria dua kali sehari. Dikatakan melakukannya sekurang-kurangnya selama seminggu akan dapat merasakan perbezaan dengan diri sendiri…
Khasiat buah kiwi
Buah kiwi ini kalau dapat yang manis memang sangat sedap dan bila makan sebiji tidak akan rasa puas, macam nak makan banyak, hehe parahlah budget… bagi pandangan saya buah ni agak mahal. Ramai yang suka buah kiwi dimasukkan ke dalam salad atau diletakkan sebagai perhiasan diatas kek, memang cantik.
Buah kiwi bukanlah menjadi pilihan apabila saya nak beli buah-buahan. Walaubagaimana pun setelah saya baca mengenai khasiat buah ini, kini saya rasa kiwi perlu dimasukkan dalam senarai buah yang baik untuk dibeli selalu…

(Dah habis makan buah ni, baru teringat tak ambil gambar isinya, :D)
Kajian pemakanan yang diterbitkan dalam peer-reviewed journal nutrition today, mendapati disamping faedah antioksidan, buah kiwi juga boleh membantu pencernaan dan membantu mengekalkan kulit yang sihat.
Buah kiwi boleh memberi kelegaan kepada masalah ketidakhadaman makanan. Sihat sistem penghadaman sihatlah fizikal dan mental. ini kerana kesihatan atau penyakit banyaknya bermula dari usus.
Buah kiwi kaya dengan vitamin C, E dan niasin, kalium dan serat, menjadi ia sangat baik untuk selsema dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sering mengambil buah kiwi boleh mengurangkan trigliserida dalam darah, mengelakkan pembekuan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan seterusnya melindungi kesihatan kardiovaskular.
Saya baru tahu buah ini, kulitnya boleh dimakan. Tapi kena basuh betul-betul, ye lah! Bahan kimia yang ada dikulit tu mesti di singkirkan, 😀 Kulit kiwi mengandungi banyak serat dan 3 kali ganda antioksidan pulpa. Nanti nak cuba, tapi bulu-bulu halus bagaimana? Jangan gatal tekak sudahlah… dikatakan, rasanya tidaklah sedap. hehe…
Lagi satu yang menarik tentang buah kiwi ini, ia boleh melembutkan daging. Hmm… dalam peti ais banyak daging korban, ada yang keras dan liat, nanti nak pergi beli buah kiwi dan nak eksperimenlah petua ni… kalau betul-betul berkesan, bolehlah amalkan, tak payahlah guna pressure cooker atau masak berjam-jam kerana nak lembutkan daging… 😉