Sayur organik vs Sayur bukan organik

Bagaimanakah kita boleh tahu sayur itu organik atau tidak? Kalau tengok pada sayur, saya tak mungkin boleh bezakan. Saya beli sayur organik berpandukan pada label diplastik pembungkusan dan saya dapati harganya lebih mahal dari sayur bukan organik. Tetapi boleh pastikah sayur yang dilabelkan organik itu betul-betul organik?

Antara ciri2 utama sayur organik ialah ia tidak mengandungi bahan kimia dan tidak boleh bertahan lama. Ini membuatkan ia baik untuk kesihatan badan. Dari pengalaman saya membeli sayur di Jusco, sayur organik boleh tahan selama 4 atau 5 hari saja. Sebab tu saya tidak akan simpan lama dan cepatkan masak sebelum ia rosak

Baru-baru ini terlintas dihati saya nak buat experiment ini. Saya beli sayur organik dan sayur bukan organik dari supermarket X (bukan Jusco) dan saya simpan di dalam peti sejuk. Saya ingin melihat berapa lama kedua-duanya dapat bertahan.

Hari 2: Kiri organik dan kanan bukan organik. Tiada perbezaan.
image

Hari 10: Sayur bukan organik. Seperti biasa sayur ini tahan lama.
image

Hari 10: Sayur organik. Saya terkejut bila melihat sayur ini. Cuma sehelai daun je yang nampak rosak, yang lain dalam satu plastik semua masih segar bugar….
image
Hati tertanya-tanya betul ke sayur ini organik atau sekadar label sahaja? Sedangkan sepatutnya jika ia benar organik, sayur ini dah pun rosak.

Rasanya lepas ni beli kat Jusco je la. Sekurang-kurangnya saya yakin ia memang organik insyaAllah!

Kacang walnut

Ramai yang berkata, kalau makan banyak kacang boleh dapat gout, terutama makan kacang tanah. Hmm… pernah lah dengar begitu dari mereka yang menghidap gout. Baru ni saya baca, klik ~ I cured my gout, memberi informasi yang sangat menarik bagi mereka yang menghidap gout. Bila dah dapat gout, memang kena berhati-hati kalau nak mengambil sesuatu makanan, banyak betul pantang larang… tapi sebenarnya dalam apa jua, kesederhanaan adalah yang terbaik. Setiap yang overdose mesti ada kesan sampingan, ya tak?

image
Saya suka mengambil walnut mentah….

Saya suka beli pelbagai jenis kacang sebagai snek untuk keluarga. Banyak khasiat terkandung dalam kacang terutama dalam kacang mentah, contohnya kacang walnut. Diet yang kaya dengan kacang dan minyak  walnut boleh membantu badan menangani tekanan dengan lebih baik. Menurut pasukan penyelidik dari Penn State, walnut boleh mempengaruhi tekanan darah pada masa rehat dan sewaktu stres. Kandungan omega 3 dalam walnut dikatakan sangat baik untuk kesihatan otak. Ia juga boleh menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkat kadar HDL.  Makanan ini juga boleh mengurangkan c-reactive protein dan petanda lain keradangan/inflammation. Walnut juga boleh memberi manfaat pada sistem jantung serta peredaran darah dan juga pada saluran darah untuk bertindak balas kepada pelbagai rangsangan dengan cara yang sihat.

Walnut juga sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan boleh juga membantu mencegah kanser, khususnya kanser prostat dan payu dara serta kencing manis. Memandangkan antioksidan yang pelbagai dan anti radang yang terdapat dalam walnut, ia juga boleh membantu pada kesihatan tulang.

Selain daripada khasiat tersebut ada kajian mendapati lelaki yang mengambil 75g walnut setiap hari sebagai makanan tambahan kepada diet mempunyai peningkatan dalam kualiti air mani berbanding dengan lelaki yang tidak makan kacang.

Bagi saya jelas sekali walnut sangat berkhasiat dan kini kami pun mula mengambilnya.

Untuk bacaan tambahan

Seven Great Benefits of Walnut oil

Walnuts ‘ Combat unhealthy fats’

Why walnuts could help men become dads