Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini

Kacang kuda Pol

Resipi kacang kuda pol ini kawan beri lebih 25 tahun yang lalu. Saya suka sebab ia simple dan mudah serta berkhasiat.

Semalam saya rendam kacang kuda dan pagi tadi saya rebus, masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Masak hingga empuk.

image

Saya lenyek 1/2 mangkuk kacang kuda, kasar.

image

Saya masukkan 2 biji buah tomato yang di potong dadu, 1/2 tsp biji jintan putih, 1/2 tsp biji jintan manis, 1/3 tsp serbuk lada hitam, 1tbsp cuka epal dan 1 1/2 tbsp minyak bijan dan garam secukup rasa. Gaul bagi rata dan biarkan sebentar supaya sebati.

image

Saya suka makan begitu saja. Boleh makan dengan roti naan atau capati. Sedap jugak makan dengan salad…. 🙂