Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru singgah sekejap di R & R Pagoh, beli buah. Nak beli buah mangga tapi yang muda untuk buat kerabu tak ada. Saya beli jugalah 2 biji, dah kekuningan tapi masih lagi keras jadi boleh jugalah kalau nak buat kerabu.
Teringat semasa zaman remaja dahulu, mak saya suka sangat buat kerabu mangga. Dia akan parut mangga dan masukkan belacan, cuka, gula, bawang, cili padi dan garam. Sedap sangat, tapi saya tak pernah buat kerabu macam tu sebab di rumah saya tak ada belacan dan cuka putih. Dah lama saya tak beli cuka putih sebab saya baca cuka biasa tu tak baik untuk kesihatan. Saya selalunya akan guna cuka epal dalam makanan. Saya juga tak pernah beli belacan sebab suami tak suka. Dia tak tahan dengan bau belacan, jadi semua masakan saya tak pernah masukkan belacan, hehe
Anyway, kerabu mangga herba sedap bagi mereka yang suka makan ulam. Kalau nak buat kerabu ini, kenalah pilih buah mangga yang masam.
Bahannya:
1) 1 biji mangga di sagat/parut
2) Segenggam daun selasih, segenggam daun kesom, 1 tangkai bunga kantan, 1 labu bawang besar, sedikit daun ketumbar dan cili padi. Semua di hiris nipis
3) 1/2 tbsp madu dan garam secukup rasa. Oleh kerana mangga ini dah masam jadi saya tak masukkan jus limau nipis.
Gaulkan semua bahan sehingga rata.
Dah boleh dihidang! Bagi saya kerabu ini memang sedap dan bukan itu saja, ia juga sangat berkhasiat. Bolehlah cuba, mana tahu anda mungkin suka dengan kerabu yang simple ni 🙂
Saya buat kerabu mangga bila ada kacang tanah tumbuk jer (beli yg ready made). Sebab anak-anak akan makan meratah dek kerana ada kacang tu. Sedap. Lain orang lain menu la kan? Yang pasti, kerabu mangga memang best!
Betul tu Azie kerabu mangga memang best. Tak pernah letak kacang sebab suami tak suka kerabu mangga tabur kacang. 🙂