Nasi Lemak

Dah lama tak masak nasi lemak, tiba-tiba terasa teringin pula nak makan.

Saya suka masukkan halba, halia dan bawang besar bila masak nasi lemak ini kerana khasiat yang terkandung dalam halia dan halba sememangnya sangat baik untuk kesihatan.. bukan itu je, halia dan halba membuat nasi lemak ini berbau harum ๐Ÿ™‚

Jom makan nasi lemak, hehe..

image

image

Sekali sekala sarapan pagi dengan nasi lemak best jugak. ๐Ÿ˜‰

Strok

Strok berlaku apabila bekalan darahย  ke otak terputus, samada disebabkan oleh darah beku atau saluran darah pecah di dalam otak. Jika aliran darah berhenti selama beberapa waktu dan otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi maka sel-sel otak akan mati dan menyebabkan kerosakan yang kekal.

Sakit kepala boleh berlaku terutama jika strok adalah disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Simptom lain termasuk perubahan pada pendengaran, rasa, kekeliruan atau hilang ingatan, kesukaran menelan, kesukaran menulis atau membaca, Kehilangan keseimbangan, koordinasi, kelemahan otot di muka, lengan atau kaki, kebas atau kesemutan pada satu sisi badan, masalah penglihatan, bercakap, berjalan atau memahami orang bercakap dan perubahan pada emosi.

image

Faktor-faktor risiko strok adalah; tekanan darah tinggi, kencing manis, berat badan berlebihan atau obese, makan terlalu banyak lemak atau garam dan merokok.

Mendapatkan rawatan segera boleh menyelamat nyawa dan mengurangkan kecacatan.

Jom kita baca tentang herba-herba yang meningkatkan peredaran darah kerana herba-herba ini dapat membantu mencegah atau merawat strok. Strok juga dikategorikan penyakit peredaran darah..
Herba yang membantu mencegah strok adalah herba yang menyebabkan saluran darah membesar dan meningkat peredaran darah. Dalam buku “Prescription for Nutritional Healing”, penulis, Phyllis A. Balch menyatakan bahawa ekstrak biji anggur boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko untuk penyakit jantung manakala hawthorn merangsang peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Jus delima boleh mengurangkan kerosakan saluran darah dan gingko meningkat peredaran darah.

Pokok ginko biloba
image

Hawthorn berry
image

Halia adalah salah satu herba yang paling mujarab merawat masalah sistem peredaran darah dan mencegah strok. Ia menggalakkan aliran darah ke seluruh badan serta mengurangkan kemungkinan pembekuan darah yang berbahaya. Menurut terapi herba, 1-1/2 g bawang putih mentah setiap hari bermanfaat untuk rawatan strok.

Memandangkan betapa dasyat keadaan strok, gaya hidup sihat adalah cara terbaik untuk mencegahnya…
walau apa pun sebelum mengambil herba-herba, dapatkanlah dulu nasihat doktor ๐Ÿ™‚


Herbal Stroke Prevention

What are natural ways to prevent and reverse effect of a stroke

Eyebags

Pernahkah anda mendapati mata anda bengkak selepas bangun pagi dari tidur. Biasanya ia adalah manifestasi keletihan, kurang tidur, penyakit buah pinggang atau mungkin tanda-tanda penuaan.

image

Berikut adalah remedi yang boleh melegakan ‘eyebags’

1) Timun adalah sangat berkesan merawat ‘eyebags’ dan merehatkan mata. Pastikan timun disejukkan terlebih dahulu, potong nipis dan tekap keatas mata selama 15 minit.
2) Teh hijau atau chamomile:ย  Basahkan uncang teh dan sejukkan semalaman. Letakkan diatas mata selama 15 minit sejurus selepas melakukan rawatan timun.
3) Minum jus cranberry atau barli yang direbus selama sekurang-kurangnya 15 minit. Minum air rebusan ini berselang seli dengan air biasa sehingga bengkak mata hilang.
4) Memakan 2 biji buah kiwi bersama yogurt sehari boleh membantu menghilangkan eyebags
5) Rendam kapas dalam susu dan tekap ke atas mata beberapa minit. Lactic acid dalam susu boleh mengurangkan bengkak mata.
6) Minum air yang banyak kerana ia meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan toksin dari badan.
7) Kurangkan pengambilan garam kerana ia boleh menyebabkan mata dan seluruh badan bengkak air. Kurangkan garam akan ada perbezaan, insyaAllah.

Untuk informasi kita bersama, bengkak air boleh menjadi salah satu simptom penyakit buah pinggang, kegagalan hati atau pun lemah jantung maka dapatkanlah nasihat pakar…