Salad Parsnip & Ikan Tenggiri Berempah

Dah banyak hari saya beli parsnip dan hari ini barulah saya buat salad parsnip. Asalnya rancang nak masak sup parsnip dengan cendawan enorki. Tapi sebab dah perap ikan tenggiri dengan rempah kari, saya tak jadilah masak sup. Rasanya lagi sedap makan nasi bersama salad parsnip dengan ikan goreng berempah. 🙂

Walaupun bentuk parsnip ni seakan sama seperti carrot, warna dan rasanya sangat berbeza. Ia berbau harum dan sedap dimakan mentah. Parsnip kaya dengan zat nutrien dan serat. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko osteoporosis, membantu penghadaman, mencegah dan merawat anemia terutama semasa mengandung.

Salad parsnip dan ikan tenggiri goreng berempah sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau dinner 🙂
image

image

image

image

image

Bahan-bahan salad:

1) 1 batang parsnip di sagat kasar. Bahagian tengah dibuang kerana ia bersabut.
2) 1/2 biji tomato dan 1/2 biji lada benggala merah di potong kiub.
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis.
4) 3 tangkai daun bawang dihiris.
5) Jus 1/2 biji lemon, 1 tbsp minyak bijan dan 1/2 tbsp madu.
6) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur semua bahan-bahan salad dan gaul bagi rata. Biarkan selama 30 minit dan barulah hidang.

Ikan tenggiri berempah:
1) 2 keping ikan tenggiri di perap dengan 1″ halia yang ditumbuk hancur bersama garam selama 15 minit.
2) Kemudian gaul hingga rata ikan dengan 2tbsp rempah kari ikan dan perap lagi selama 30 minit.
3) Goreng ikan dalam minyak yang sedikit. Semasa menggoreng kecilkan api dan tutup kuali supaya ikan cepat masak.

Jom makan, hmm.. menyelerakan 🙂


Health benefits of parsnip

Asam salam ikan senangin

Masakan tengah hari yang sangat simple tetapi berkhasiat, 🙂

Biasanya bila saya masak masakan ini saya suka masukkan cili padi, tapi kali ni terpaksa masukkan cili kering sebab cili padi dah habis. hehe
Ramai kawan kata ini masakan asam rebus, yelah jugak sebab kita cuma rebus je semua bahannya. Masak asam rebus ni ada macam-macam cara dan ini yang sangat simple dan tak perlu bawang. Jadi kalau di rumah kehabisan bawang bolehlah cuba resipi ni.

Jom makan, 😉

image

image

Bahannya:

1)  Ikan senangin
2)  Asam keping, daun salam, cili kering, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

Bila air dalam periuk dah mendidih masukkan ikan dan semua bahan (2). Kecilkan api dan masak selama 20 minit.

Senangkan masak asam salam ikan senangin ni, pejam mata pun boleh buat..kan? 🙂

Zucchini rolls

Ini adalah kali pertama saya buat zucchini rolls. Asalnya saya nak makan zucchini segar dengan telur je. Tiba-tiba terfikir, kenapa tidak saya cuba buatkan dan tengok apa hasilnya…

Sos telur kegemaran saya 🙂
image

image

image

Bahannya:

1) Satu biji Zucchini dibelah dua dan dihiris memanjang, goreng dengan sedikit minyak je agar tidak melekat dan balik2an (jgn nipis sangat, nanti susah nak balikkan semasa mengoreng)
2) Sebiji telur rebus dicampur dengan 1tbsp philadephia soft cheese, sedikit bawang besar yang dicincang, 1 tbsp sos salad, lada hitam dan garam secukup rasa. Lenyek telur hingga hancur dan gaul hingga sebati.

Saya rasa zucchini rolls ni sesuai sebagai appetizer..
Sedap? Bagi saya bestt!
Selamat mencuba dan semoga ada yang suka 😀