Khasiat Fennel Bulb

Sayur fennel bulb ini mengandungi phytoestrogens yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala menopaus. Herbalists biasanya mengunakan sayur ini untuk merawat gangguan pencernaan, melegakan kekejangan usus, melegakan gas berlebihan dan sakit perut.

Merebus fennel bulb dan menyedut wap boleh memberi kelegaan untuk mereka yang menghidap asma dan bronchitis. Ia juga berkeupayaan menyekat selera makan.

image

Sayur fennel bulb ini diambil sebagai penyegar nafas, membantu penghadaman dan membantu mengeluarkan kahak dari paru-paru. Ia kaya nutrien, termasuk vitamin C, folat, kalsium, magnesium, fitonutrien dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan, meningkat sistem imum dan juga membantu mencegah kanser.

image

Sup fennel bulb

Selamat mencuba 😉

Khasiat Salad Zucchini

Zucchini yang kaya dengan serat mampu membantu pergerakan usus yang sihat, mencegah toksin berada didalam kolon, menghalang sembelit, membantu penghadaman dan mencegah pembentukan kolesterol. Zucchini juga mengekalkan paras gula rendah dalam darah dan menghalang aterosklerosis.

Kajian menunjukkan phytonutrient yang terdapat dalam zucchini boleh membantu mengurangkan kelenjar prostat yang membesar; yang mana ini memberi komplikasi kepada fungsi kencing dan seksual di kalangan lelaki.
Khasiat zucchini yang lain adalah anti radang, menghalang asma, osteoartritis, rheumatoid arthritis, mengurang risiko serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meringankan tekanan pada sistem peredaran darah dalam badan.

Mineral manganese yang terdapat dalam zucchini boleh membantu badan memetabolismekan protein dan karbohidrat serta ia juga membantu dalam pengeluaran hormon seks. Manganese juga meningkatkan tahap enzim superoxide dismutase bagi melindungi mitokondria terhadap tekanan oksidatif.

image

Sebiji zucchini disagat dan diperah keluarkan air (air perahan jangan dibuang, boleh di minum kerana ia sangat berkhasiat) dan di campurkan dengan 1 1/2 tbsp minyak bijan dan 2 tbsp bijan yang digoreng tanpa minyak. Saya juga masukkan sedikit rumpai laut wakame yang direbus terlebih dahulu dan di bilas dan diperah ke dalam zucchini. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
image

image

Zucchini yang sangat rendah kalori ini bagus juga dijadikan salah satu pilihan utama untuk di makan bagi mereka yang merancang hendak mengurangkan berat badan 🙂

Sumber:

Health benefits of Zucchini


Health benefits of zucchini juice

Ikan kukus kantan

Semalam saya masak ikan kukus untuk dinner. Kata suami, just cook something simple,nutritious but tasty. Bestnya, “cook something simple”, itu yang saya suka dengar sekali. Nutritious memang objektif saya dalam masakan tapi bila suami sebut simple, nutritious dan sedap, yang itu agak sukar sikit hehe

Saya pun geledahlah peti sejuk dan nampak lemon dan bunga kantan, apalagi teruslah perap ikan dan kemudian masak ikan kukus kantan yang berkhasiat 🙂

image

image

Bahan-bahan:

1) 1/2 ekor ikan senangin di kelar
2) 1 labu bawang besar di hiris
3) 2″ halia dimayang
4) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
5) 1 tbsp minyak bijan
6) Lada sulah dan garam secukup rasa
7) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis
8) 1/2 biji lemon dihiris nipis, kalau suka lebih masam boleh tambah
9) Daun bawang dipotong

Panaskan air dalam pengukus

Caranya:

1) Ikan diperap selama 30 minit dengan bahan-bahan 2~6
2) Sebelum kukus ikan saya tabur bunga kantan, lemon dan daun bawang
3) Kukus selama 25 minit atau sehingga ikan masak.

Dah masak!
Simple? – yes
Nutritious? – yes
Sedap? kenalah cuba sendiri, hehe..