Asam Pedas Bawal

Teringat pada zaman muda dahulu, almaklumlah ketika tu tak pandai masak. Tiap kali bila nak masak, mesti buka buku resipi dan pasti ikut satu persatu arahan resipi. Kalau salah satu bahan tak ada, sahlah tak jadi masak. Jadi saya selalu pastikan dulu semua bahan-bahan tu ada, bila saya nak memasak. Tapi itu dulu-dulu.. Sekarang? Masak je walaupun tak cukup bahan. 🙂

Masak asam pedas ada macam-macam cara.
Ada setengah tu letak daun kesom atau bunga kantan. Tapi resipi kali ini, saya letak daun limau purut.
Berlainan daun diletakkan dalam masakan akan timbul berlainan bau dan rasa.. Saya suka bau dan rasa daun limau purut, hmm.. wangi!

Masakan asam pedas ni tak ada belacan..
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 tsp serbuk ketumbar
2) 1/2 tsp jintan putih
3) 1/2 tsp jintan manis
4) 20 cili kering, direndam air panas
5) 3 ulas bawang putih
6) 1″ halia
7) 1 labu bawang besar
8) 2 tbsp kerisik & 2~3 helai daun limau purut.
9) 1 ekor ikan bawal
10)Asam jawa + 1 cawan air, garam dan gula merah

Caranya:

1) 1~7 dikisar hingga halus.
2) Tumis bahan dikisar sehingga terbit minyak dan masukkan kerisik.
3) Masukkan air asam jawa dan daun limau purut yang diramas-ramas terlebih dahulu. Saya suka kuah yang pekat jadi tak masuk banyak air. Terpulang pada citarasa..
4) Akhir sekali garam dan gula merah secukup rasa.

Ok dah ready.. Jom jamu selera 😀

Cemamar

Ramai orang kata cemamar ni nampak macam daun kari tapi besar. Entahlah, mungkin juga 🙂

Bau daun cemamar agak kuat dan rasanya, bagi pandangan saya dipengaruhi oleh bau dan sedikit pahit. Sedap? Hmmm… saya kurang gemar pucuk muda ulam cemamar. Tapi cemamar ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan.

Cemamar digunakan sebagai herba untuk merawat tenaga batin, melancarkan peredaran darah dan baik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol, merawat lemah badan, badan kesejukan dan berangin.

image

Bagi mereka yang ada darah tinggi tidak digalakkan memakan cemamar kerana ia boleh membuat badan terasa panas dan akan menyebabkan rasa pening..

Daun cemamar juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Oh ya, biasanya pucuk muda cemamar dimakan sebagai ulam 🙂

Belinjau

Belinjau?
Belingar?
Melinjau?

Yang mana satu?
Bunyi pun hampir sama

Yang saya tahu, tiga-tiga pun boleh.

Bagi saya daun belinjau ni memang sedap dimasak. Kadang-kadang tu bila makan rasa macam daun asin-asin la pulak. Ada orang suka masak lemak tapi saya suka rebus gitu je. Daun Belinjau ni boleh dicelur dan dicicah dengan sambal.

Pucuk Belinjau tinggi kadar vitamin A dan C dan begitu juga dengan zat mineral.
image

image
Bila rebus daun belinjau, saya suka masukkan lengkuas, bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili merah dan lada hitam, sedap gitu.. 🙂

image
Buah belinjau yang muda boleh dibuat gulai lemak dan yang dah masak boleh direbus dan dimakan isinya. Biji belinjau yang ditumbuk boleh dijadikan kerepek. Biji belinjau mengandungi kadar urea yang tinggi, tidak digalakkan makan dengan banyak bagi mereka yang ada masalah gout. Rasanya yang sedikit pahit sering dijadikan makanan ringan…