Yellow Squash

Sayur ini sering juga dikenali sebagai pattypan squash dan scallop squash. Ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral seperti kalium dan magnesium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko serangan jantung dan Strok.

Sayur ini juga mengandungi oxalates. Bagi mereka yang menghadapi masalah buah pinggang atau pundi hempedu, sebaiknya elaklah makan sayur pattypan ini atau mana-mana sayur yang mempunyai kadar oxalates yang tinggi. Kajian telah menunjukkan bahawa oxalates mengganggu penyerapan kalsium dan jika badan tidak dapat menyingkirkan oxalates, ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

image

image

image
Masakan sayur campur yang mudah dan simple.. 😉


Pattypan Squash Nutrition Information

Makaroni & Sup krim Bayam

Pagi tadi saya masak sup bayam untuk dimakan dengan makaroni. Sekali sekala makan hidangan vegetarian…. Sayur bayam frozen boleh didapati di supermarket, bahagian frozen food.

image

Sup bayam ini sesuai dihidangkan sebagai appetizer, sarapan atau pun untuk supper.

Jom tengok resipi.
image

image

image

Bahan-bahan:

1) Makaroni. Rebus seperti biasa dan toskan.

Sup Krim Bayam:
1) 1 paket (450g) sayur bayam frozen. Defrostkan ia dan sejat. Perah buang sedikit air bayam.
2) 1 kotak kecil santan kotak kara
3) 3/4 litre air
4) 1 labu bawang besar saiz sederhana besar dipotong kiub, kecil.
5) 3 tbsp thickened cream
6) 2 oz philadelphia cream cheese
7) 1 oz butter
8) 1 1/2 – 2 tbsp tepung gandum.
9) Serbuk kasar lada hitam dan garam.

Cara:
1) Panaskan butter & bawang sehingga bawang menjadi layu.
2) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan air dan bila mendidih baru masukkan dan bayam.
4) Kecilkan api dan reneh selama 5 minit.
5) Satukan keju, santan dan thick cream, kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam adunan bayam dan masak sehingga mendidih sekejap.
6) Akhir sekali masuk serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Sup ini sedap juga dimakan bersama roti bakar yang disapu dengan sedikit butter atau bersama dengan ayam bakar.

Selamat mencuba. 😉

Jerusalem Artichokes

Jerusalem Artichokes bukanlah dari Jerusalem dan bukan juga dari spesis artichokes. Yang menariknya ialah ia adalah dari spesis bunga matahari dan boleh dimakan mentah atau dimasak. Sekali pandang nampak macam halia. Ia kaya dengan serat dan tinggi kandungan dua mineral, iaitu kalium dan magnesium serta mengandungi sumber terbaik inulin. Inulin adalah sejenis kanji yang membantu memastikan kandungan gula dalam darah stabil. Makanan yang kaya dengan inulin bermanfaat untuk individu yang mempunyai penyakit kencing manis.

Pokok Jerusalem Artichoke. Gambar dari wikimedia.
image

image

Kulit artichoke perlu dibuang. Ia boleh dimakan mentah begitu saja atau diparut, untuk menambah rasa pada salad. Boleh juga dimasukkan ke dalam sup atau dihiris nipis untuk sandwich.