Kerabu 3rasa

Saya namakan kerabu ini kerabu 3rasa kerana ia adalah campuran rasa pahit dari peria, rasa lemak dari kacang botor dan sedikit rasa kelat dari jantung pisang.

Jom try resipi ini. 😉

KERABU 3RASA
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 biji jantung pisang, ambil bahagian lembut dan dibelah empat. Rebus hingga lembut. Bila dah sejuk, dimayang memanjang
2) 2 biji peria katak, dibelah dua dan buang biji. Dicelur dan bila sejuk dihiris. Peria katak pahit jadi jangan hiris tebal sangat.
3) 8 kacang botor, dicelur dan dihiris.
4) Cili padi dan cili merah dikisar- terpulang. Sedap kalau pedas-pedas sikit.
5) 4 ulas bawang merah dihiris nipis
6) 2 tbsp kerisik
7) Jus 1 biji lemon.
8) 1/2 mangkuk kecil isi ayam yang telah direbus dan dicarik-carik.

Gaul semua bahan sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat menjamu selera.

Renungan Pagi Jumaat

Allah s.w.t. berfirman:

image

Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

image

Maksudnya:
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ” Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari siksa neraka”.

Surah Ali Imran: ayat 190-191

Ranti

Pokok herba ranti dikenali juga sebagai meranti dan terung perat.
Ranti digunakan sebagai tonik, merawat asma, batuk, bengkak pundi, sakit kepala, sakit saraf, sakit perut, kekejangan dan reumatisme.
Walaupun ranti boleh dimakan mentah sebagai ulam tetapi kita perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak kerana ranti termasuk dalam senarai tumbuhan yang mengandungi racun berjadual bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989).
Ranti lebih selamat dimakan masak.

POKOK RANTI
image
Saya tanam pokok ranti ini dengan keratan batang. Boleh juga tanam dengan bijinya. Buah ranti warna hijau bertukar keungu-unguan apabila ranum.

Buah ranti yang ranum boleh dibuat jem. Manakala daun dan pucuknya sedap kalau buat masak lemak. Tapi saya lebih suka salad ranti! 😀

image

SALAD RANTI
image

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar daun ranti dicelur dan dihiris
2) 1 kuntum bunga kantan dihiris nipis dan dicincang
3) 2″ halia muda dimayang
4) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1 cili merah dan cili padi dihiris nipis dan dibuang biji
6) Jus 2/3 lemon. Kalau tak nak masam kurangkan jus lemon.
7) 1 tbsp minyak bijan
8) Garam
Gaul semua bahan sehingga sebati. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Oleh kerana daun ini pahit, saya suka lebihkan jus lemon supaya hidangan ini rasa sedikit masam.

Jom try.. 🙂

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Sayuran, Khasiat Makanan & Ubatan.