Rambutan Oh Rambutan…

Alhamdulillah…
Dah pun menguning buah rambutan belakang rumah..alahai lama juga menunggu, hehe..
Buah rambutan ni bila menguning rasanya masam-masam manis. Kena tunggu beberapa hari lagi biar kulit tu merah sikit barulah 100% manis. Tadi petik banyak jugak, dapatlah sebakul. Rasa masam-masam manis; kalau dibuat jem atau pajeri memang sedap.

Pernah makan biji rambutan?
Saya pernah semasa budak-budak dulu..kawan mak saya pandai buat biji rambutan dijadikan snek seperti kacang untuk minum petang. Bagi saya sedap sangat masa tu, rasanya rangup dan lemak manis. Pernah juga terlintas dihati nak buat tapi hingga kini belum terlaksana lagi.

Saya pernah baca, biji rambutan dikatakan mengandungi asid oleic dan asid stearic yang mampu mencegah penyakit berkaitan jantung. Ia juga dikatakan penawar untuk kencing manis. Daunnya ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk rawatan sakit kepala.

image

image

image

Resipi Hari Minggu

PORTOBELLO ASIN

Cendawan Portobello
image

Portobello Asin
image

Bahan-bahan:

1) 6 cendawan portobello dihiris sederhana besar
2) 4 ulas bawang putih dicincang halus
3) Ikan masin kurau (kalau suka letak banyak ikan masin mungkin tak perlu masukkan garam). Dihiris kecil
4) Cili merah dan cili padi ditumbuk/kisar (jangan terlalu lumat)

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan dan kemudian masukkan cili.
2) Masukkan cendawan dan besarkan api. Goreng sehingga hampir kering.

♥ it 🙂

Daging Oregano

Hidangan yang simple tapi best 😉

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis (anggaran 250g)
2) 4 ulas bawang putih dihiris nipis dan dicincang halus
3) Cili merah (buang biji) & cili padi ditumbuk/kisar (jangan terlalu lumat)
4) 2 batang serai dihiris nipis dan dicincang halus
5) 1 sudu teh oregano kering
6) Garam secukup rasa

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kekuningan
2) Masukkan cili dan goreng sekejap
3) Masukkan daging dan goreng hingga kering
4) Akhir sekali masukkan oregano dan garam. Kacau sehingga rata.

Jom try!