Bayam Kuah Kentang Lemak

Assalamualaikum

Menu hari ini ialah bayam kuah kentang lemak. Masakan simple tapi enak terutama bila dihidang bersama ikan masin atau ikan goreng dan colek makan dengan sambal cili atau sambal belacan.
Begitu menyelerakan! 😀

image

Bahan-bahan:

1) 1 biji kentang, buang kulit dan hiris nipis
2) 2 cawan air
3) 250g bayam merah, bersihkan dan hiris sederhana besar
4) 2 ulas bawang putih diketuk dan cincang halus
5) Cili padi dihiris nipis
6) Serbuk kasar lada hitam
7) 2 sudu teh serbuk pati ikan bilis
8) 1/2 cawan santan kotak kara

Cara:

1) Rebus ubi kentang hingga lembut
2) Lenyek ubi kentang dengan air rebusan dan tapis masuk ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih
3) Kemudian masukkan bahan 3~7 dan kacau rata.
4) Bayam hampir lembut, masukkan santan
5) Mendidih sekejap, padam api

Menangani Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum

Masa terus berjalan…

Begitu juga kedutan, garis-garis halus dan penuaan kulit…

Kelihatan cantik adalah impian setiap wanita. Ramai wanita sanggup berbuat apa saja agar kelihatan cantik dan kekal muda. Dalam perubatan tradisional Melayu, terdapat pelbagai petua dalam penjagaan kulit agar ia sentiasa kelihatan bersih, segar dan sihat…

Jom kita tengok petua dalam menangani masalah kulit kering. Penggunaan kubis dan madu sebagai pelembap kulit muka.

Caranya:
Sayur kubis dibasuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campur dengan madu dan lumur pada muka dan biarkan selama sejam barulah dibilas cuci..

image
Berkesan ke petua ini?
Bagi mereka yang rajin mencuba mungkin boleh beri jawapannya. 🙂

Spaghettini Saeurkraut

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu lagi resipi yang mudah dan ringkas.

Opss! kenalah buat sauerkraut dulu, baru boleh masak hidangan ini 😉

image

Bahan-bahan:

1) 200g Organic Spaghettini. Direbus sehingga masak dan siram air, toskan
2) 300g daging batang pinang/lembut dipotong kiub kecil
3) 10 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
4) 7 tangkai cili kering digunting dan buang biji
5) 50g mentega & minyak masak
6) Cili padi dihiris nipis
7) 1 tbsp sos tiram
8) 250g sauerkraut
9) Serbuk kasar lada hitam
10) Garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan minyak dan mentega
2) Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning
3) Masukkan cili kering, cili padi, sos tiram dan daging. Goreng sehingga daging masak
4) Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata
5) Masukkan sauerkraut, lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan goreng atas api sekejap.
6) Sebelum makan tabur sedikit bawang goreng

Selamat menjamu selera 🙂

Untuk resipi sila klik link di bawah:
Sauerkraut

image