Sambal Cili Kentang Segar

Hari ini saya berselera sungguh makan nasi. Mana tidaknya, sambal cili kentang segar ini adalah diantara pembuka selera yang sangat digemari keluarga saya.
Sambal ini kalau dihidang dengan ikan goreng atau ikan bakar memang akan makan nasi bertambah-tambah. 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 6 cili merah dibuang biji
2) 10 cili padi hijau
3) 2 biji kentang dimayang
4) 1 biji tomato dibelah dua dan dihiris nipis
5) 6 ulas bawang merah dihiris nipis
7) 1 1/2 sudu teh serbuk ikan bilis
8) Jus 2/3 biji lemon atau secukup rasa
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk/kisar cili padi dan cili merah tapi jangan lumat.
2) Kemudian satukan semua bahan 3 ~ 9 dan masukkan bahan yang dikisar. Gaul sehingga sebati

Daging masak lawar

Hari ini saya nak kongsi satu lagi masakan kegemaran saya iaitu daging masak lawar. Cara masaknya sangat mudah..

Jom cuba

image

1) 400g daging batang pinang direbus sehingga masak. Toskan dan kemudian dihiris nipis
2) 200g bawang merah
3) 25g halia
4) 1 1/2 cawan air
5) 2/3 sudu besar serbuk ketumbar
6) 1 sudu besar serbuk kasar cili kering
7) 2 sudu besar kerisik
8) 2/3 cawan santan kotak (saya guna jenama kara)
9) 1 1/2 ~ 2 sudu besar jus lemon atau secukup rasa
10) 2 sudu besar gula melaka
11) Garam secukup rasa

Cara:

1) Kisar bawang dan halia bersama 1 1/2 cawan air sehingga lumat
2) Masukkan bahan kisar, daging dan semua bahan 5~10 ke dalam periuk
3) Masak sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api
4) Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Mmm..yummy!

Daun Kari Tonik Herba

Assalamualaikum.

Daun kari selalu digunakan dalam pelbagai masakan sebagai penambah aroma dan rasa. Daun ini sangat bernilai dan popular di Selatan dan Barat Negara India dan juga di Sri Lanka kerana ia digunakan dalam terapi perubatan alternatif dan sebagai tonik herba dalam perubatan Ayurveda.

Daun kari – satu ramuan dalam masakan kari – banyak digunakan dalam perubatan tradisional India. Seperti herba dan rempah yang lain, ia mempunyai beberapa manfaat pada kesihatan badan.

image

Daun kari dapat membantu tahap gula dalam darah dengan memberi kesan terhadap aktiviti insulin dalam badan dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagi anda yang mengalami kencing manis, daun kari adalah kaedah semulajadi terbaik untuk mengawal tahap gula dalam darah.

Rendaman air daun kari diminum untuk merawat buasir, cirit, sakit perut, demam panas, serta perut dan usus kembung angin.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Cina mendapati, daun kari mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol (ldl) darah seseorang dan meningkatkan kolesterol baik (hdl). Ini membantu melindungi badan dari penyakit jantung dan aterosklerosis.

Disamping itu daun kari dapat membantu menghalang rambut beruban. Ia berkesan juga merawat rambut yang rosak, kelemumur, keguguran rambut dan digunakan pada bengkak, lebam dan penyakit kulit tertentu.

Beberapa pengamal perubatan herba menasihatkan mengambil beberapa helai daun kari segar di waktu pagi dan ada juga yang mengesyorkan jus daun kari dalam sukatan yang sesuai dan tidak melebihi daripada 15 gram.

Rujukan:

Ong Hean Chooi: Rempah Ratus
Khasiat Makanan dan Ubatan

Siti Fauziah Yusof: Ulaman
Di Sekeliling Anda

India Tribune: Curry leaves and its endless benefits

Health benefits of curry leaves