Sup Labu dan Ubi Keledek Jepun

Inilah kali pertama saya masak sup masuk Nutritional yeast. Hmm.. Rasa? I like it! Bagi saya sedap 🙂 InsyaAllah sup ini sangat berkhasiat. Sesuai di hidang untuk sarapan dan makan malam bersama roti. Harap budak-budak suka dengan masakan ini.

image

Kukus labu dan ubi keledek. Kulit ubi tidak dibuang sebab saya guna ubi organik. Lupa pula nak timbang berat ubi dan labu untuk resipi ini. Nampaknya kalau nak masak sup ni kena kira berapa ubi dan labu…hehe

image

image
Saya kisar labu dan ubi dengan 2 cawan air

image

image
1/2 ekor ayam (bahagian dada) direbus dengan 4 cawan air, selama 30 minit. Bila ayam dah masak keluarkan dan carik2 isi ayam dan begitu juga dengan mushroom segar.

image
Saya masuk bahan yang dikisar ke dalam air rebusan ayam. Bila dah mendidih, masukkan ayam, mushroom, 1 sudu makan nutritional yeast, 1/3 sudu teh marmite, sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan di atas api yang kecil saja. Dah masak, jangan pula lupa tutup api 🙂

Selamat mencuba.

Minyak masak

Kita menggunakan minyak masak setiap hari. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan minyak masak terhadap kesihatan kita. Minyak menjadi sumber tenaga dan membantu penyerapan vitamin kepada tubuh badan kita. Keburukan? Bila diambil secara berlebihan akan menyebabkan obesiti yang menyumbang kepada masalah jantung.

image

Minyak sawit mengandungi asid lemak tepu yang tinggi jadi bila digunakan pada suhu yang panas, struktur minyak lebih stabil. Ada kajian menunjukkan asid palmitic dalam minyak sawit neutral terhadap paras kolesterol. Apabila minyak di ulang guna, tahap kelikatan hidrokarbon dalam minyak akan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Minyak sayuran seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ini menjadikan minyak ini sesuai untuk masakan tumis yang sekejap sahaja kerana minyak ini dikatakan tidak sesuai pada suhu yang sangat panas seperti mengoreng (deep fry) , yang akan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam badan.

Soup Herba (B)

Soup herba biasanya direbus lama sehingga 3 jam. Saya? 1 1/2 jam je.

image

2 ketul halia, 6 biji kurma merah, 1 1/2 sudu makan goji dan 3 inci kulit kayu manis.

Saya gunakan tulang dada ayam. Semua  bahan2 saya rebus bersama 8 cawan air selama 1 1/2 jam. Kemudian saya masukkan 1/2 sudu teh marmite dan garam secukup rasa.

Dalam entri sebelum ini saya pernah tulis khasiat goji, halia dan kulit kayu manis, kini saya akan catatkan khasiat kurma merah untuk kesihatan. Kurma merah kaya dengan potassium, phosphorus, calcium, manganese, sodium, zinc, iron, vitamin A, B1, B2 dan C, mampu menurun tekanan darah tinggi. Bagi perubatan cina, kurma merah digunakan sebagai tonik untuk limpa dan perut.

Bagi saya soup herba sebagai tonik yang menyegarkan badan.