Khasiat halia dan kayu manis.

Saya rebus halia dan kulit Kayu Manis bersama 2 cawan air dengan api yang kecil. Tutup periuk dan padam kan api selepas 5 minit dan biarkan didalam periuk selama 20 minit. Hmm harum baunya.

image

Halia 2 inci, kulit Kayu Manis 2 inci 2 batang

image

Rebus

image

Bila dah suam2 kuku saya masukkan Royal Jelly. Saya suka minuman ini.

Saya pernah tulis tentang khasiat halia dalam entri sebelum ini jadi kali ini pula mengenai khasiat kulit kayu manis.
image
(Buku ini juga dirujuk)

Kulit kayu manis mengandungi banyak khasiat. Ramai mengambil untuk tujuan menurunkan kadar gula didalam darah. Baik untuk penghidap kencing manis(bagi mereka yang mengambil ubat, berhati2 ya, jangan rendah sangat kadar gula dalam darah, tak bagus jugak). Kayu manis juga melancarkan pengaliran darah, menurun kolesterol, mereda sakit2 otot dan juga boleh mengatasi bau mulut. Air rebusan halia dan kayu manis baik untuk orang lenguh2 badan berpunca dari kesejukan juga baik untuk wanita yang mengalami senggugut.

Saya pernah diberi satu petua untuk menghilangkan parut ( saya tak pernah laku kan). Gosok kulit kayu manis di batu lesung. Letak air sikit je. Kemudian sapu ditempat yang berparut. (kena amalkan selalu).

Terdapat serbuk kayu manis dijual dalam bentuk kapsul. Bagaimana dengan serbuk kayu manis yang biasa dijual dikedai2 dan supermarket? Tak tahu pulak saya, khasiat masih ada ke tidak…..

Bolehkah kekal hitam?

Seorang wanita, ingin berkongsi rahsia tentang kemujaraban minyak kelapa terhadap mengekalkan kehitaman rambutnya. Dia memperolehi petua in dari arwah ayahnya dan mengamal sejak di bangku sekolah menengah hingga kehari ini.

image

Kini, pada usianya yang telah menjangkau 50an rambutnya masih kekal hitam, berkilat dan kelihatan subur. Untuk pengetahuan kita, dia pernah bertemu dengan seorang nenek yang memiliki rambut yang hitam subur kerana melakukan sepertinya sejak dari muda lagi. Umur nenek  sudah melebihi 80 tahun.

Dulu2 kalau nak beli virgin coconut oil bukannya senang nak dapat. Kalau ada pun mahal! Katanya dia tekun membuatnya sendiri. Jadi dalam sebulan dia akan minyak kan rambutnya sebanyak 3 atau 4 kali dan dibiarkan selama 30 minit. Kemudian dia akan shampoo sebanyak dua kali. InsyaAllah rambut tak bau minyak kelapa. Jangan biarkan semalaman kerana ini akan membuat rambut berbau busuk terutama ketika berpeluh. Itu lah petua yang ingin dia kongsi kan bersama kita semua. Suara hati saya tertanya2, bagaimana pula yang ada sedikit SI PUTIH? Best jugak kalau si putih boleh hilang selama2 nya!
image
(Buku ini menarik untuk dibaca)

Minyak kelapa dara memang banyak khasiatnya. Mengurangkan risiko sakit jantung, merangsangkan metabolisme dan menyokong fungsi tiroid. Bertindak sebagai pelembap yang berkesan pada semua jenis kulit( pernah dengar ada yang mengatakan bisa mengurangkan ‘wrinkles’)juga melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa dara tidak mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan. InsyaAllah. Banyak kajian telah dijalankan dinegara2 Barat dan di Asia mengenai kehebatan minyak ini.

Walau apa pun setiap sesuatu yang kita lakukan acap kali dengan ilmu yang diyakini tepat, insyaAllah akan mendapat hasil yang memuaskan.

‘Semoga si PUTIH pergi dan si HITAM kekal selama-lamanya’

Pembuka Selera.

Ikan masin kurau masak asam adalah resepi yang jarang sekali saya masak sebab masakan ini membuat selera makan saya bertambah – tambah. Biasanya saya akan masak dibulan ramadhan.

image

Bahan-bahan:

3 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
6 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
10 cm halia muda dihiris
1 mangkuk kecil ikan masin kurau dipotong kiub, digoreng
Air asam jawa (secukup masam)
Gula secukup rasa

Cara:

Tumiskan semua bahan yang telah dipotong sehingga kekuningan dan masuk ikan masin. Teruskan goreng dengan api yang sederhana seminit dan kemudiann tuang air asam jawa dan masuk kan gula. Biar atas api sekejap lagi dan tada! Dah masak. (terpulang ikut cita rasa, saya suka pekat sikit)