Menghilangkan bau durian.

Semasa bersama kawan2 menjamu selera, menikmati keenakan buah durian, seorang teman telah memberi petua bagaimana hendak menghilangkan bau durian yang melekat pada tangan dan mulut.

image

Katanya semasa nak basuh tangan ambil biji durian dan basuh tangan bersama biji. Saya lakukan dan ternyata bau durian hilang  dan bagaimana pulak bau pada mulut? Berkumur bersama biji durian. No! malu le nak buat depan teman2.

Saya diberi buah durian untuk dibawa pulang. Nanti dok sorang2 boleh le cuba petua yang satu lagi tu.

Bagaimana nak hilangkan bau pada kereta pulak? Seorang lagi teman kata, dia letak roti bersama durian di boot kereta. Ada berpendapat letak arang. saya biasa letak roti dan daun ubi kayu. Bagi saya daun ubi kayu lagi berkesan.

Selamat mencuba semoga petua diatas dapat membantu terutama bagi menghilangkan bau durian didalam boot kereta kerana kalau dibiarkan boleh buat kita pening kepala!!!

Chia seeds dan Rin Enzyme

image

Chia seeds yang direndam semalaman, lebih kembang (saya setuju dengan penjual Chia, perlulah direndam dengan lebih lama). Oleh sebab tiada rasa saya campur dengan Rin enzyme pula kali ini.

image

Rin enzyme mengandungi ekstrak berbagai sayuran, buah-buahan, rumpai laut dan herba.
Khasiat Rin Enzyme ialah mengurangkan asidik pada darah. Rasa yang manis kerana ia dicampur juga dengan ekstrak buah plum.

Saya belum sarapan dan baru saja lepas dari beriadah. Hari ini tidak naik bukit cuma jalan-jalan dikaki bukit. Teman-teman kata saya kurus! betul ke ni? nanti nak tanya anak lelaki saya.
Kenapa tidak sarapan?  Sebab, kawan nak jamu makan durian tengah hari nanti. Tu sebabnya, bukanlah nak diet! 🙂

Percayakah durian boleh menceriakan hari anda? Tidak? Ya, bagi saya, hehe..

Durian dah jadi Tempoyak

Masa berlalu begitu pantas. Rupanya dah 23 hari usia tempoyak saya.

image

Tadi rasa sedikit tempoyak, dah masam, just nice. Alahai, tak adalah pula ulam dalam peti sejuk. Kalau tidak dinner malam ini sungguh menyelerakan.

Nak buat tempoyak mudah saja, cuma masukkan sedikit garam pada durian yang telah di lenyek. Kemudian masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Tunggu 3 minggu. Tada! dah jadi tempoyak.

Saya guna sea salt atau Himalayan salt dalam setiap masakan, kerana garam ini mengandungi banyak zat mineral, baik untuk kesihatan. Garam biasa (table salt) dikatakan boleh memudharatkan tubuh badan.

image

image

Kita cuba jaga kesihatan sebaik mungkin. Tapi jika Allah takdirkan kita sakit, kita tetap akan sakit! Jaga kesihatan adalah satu kewajipan atas diri kita.