Biji Aprikot dan Kanser.

Khasiat biji buah aprikot sering dikaitkan dengan penyakit kanser.

image

Biji aprikot nampak sama macam kacang almond

image

Yang kecil ialah biji aprikot

Kini semakin mendapat perhatian ramai kerana vitamin B17 yang terdapat didalam biji aprikot dan keberkesanannya dalam membantu pelbagai masalah kesihatan tidak dapat disangkal lagi.

Menurut Dr. Philip E.Binzel, pakar kanser dari Ohio, B17 adalah bahan semulajadi yang terdapat didalam pemakanan nitrilosides yang boleh memusnahkan sel2 kanser dan sel2 asing yang terdapat didalam badan kita.

Amagdalin(B17) dapat diperolehi didalam berbagai jenis tumbuhan. Jika tiada B17 didalam diet pemakanan, badan boleh dihidapi penyakit kanser.
(Sila baca buku World without cancer oleh G. Edward Griffin)

Biji aprikot ini rasanya sangat pahit. (yang kurang kualiti, kurang pahit) . Dicadangkan mengambil sebanyak 8 hingga 10 biji sehari untuk pencegahan dari penyakit kanser, insyaAllah.
Kalau untuk mengubat cancer pengambilan mengikut berat badan. Iaitu tiap2 10 lb perlu mengambil sebanyak 2 biji, jadi kalau berat badan sebanyak 150 lb maka perlu diambil sebanyak 30 biji sehari. Disamping itu perlulah mengawasi diet. Darah yang terlalu asidik mudah mendapat sebarang penyakit oleh itu jauhilah makanan2 yang menjadi punca kepada itu. Pastikan minum air yang mencukupi bagi tujuan membuang toksik.

Khasiat biji aprikot boleh juga menurun tekanan darah tinggi dan juga gula didalam darah. Jika anda mengambil ubat untuk darah tinggi dan kencing manis pastikan tekanan darah tidak terlalu rendah dan juga dengan paras gula, kerana ini juga boleh membahayakan diri.

Berikhtiar dan berdoa dan seterusnya bertawakkal kepada Allah adalah kunci segala kejayaan.

Bacaan tambahan:
The weekly health tip, Apricot Kernels

Natural alternative cancer treatment: Apricot seeds

Habatussaudah dan Madu Lebah.

Kata ibu saya tempoh hari, kenapa tidak kisarkan Habbatussaudah hingga halus dan campurkan dengan Madu Lebah, rasa lebih baik dan mudah dimakan.
image
Habbatussaudah yang telah dikisar dan diayak

image
Madu lebah yang biasa dah habis, jadi saya campurkan dengan madu yang mengandungi Royal Jelly

image
Inilah hasilnya yang telah saya buat pada 2 minggu yang lepas

Rasa pahitnya kurang daripada hari pertama dan tadi saya makan 1/2 sudu teh. Alhamdulillah, badan rasa bertenaga. Hari ini kalau rajin, banyak kerja rumah boleh siap. 🙂

Bacaan tambahan:
Khasiat Habatussaudah

Chia seeds dan Goji

Chia seeds.
image

image

Pukul 11.45 pagi tadi saya rendam 2 sudu teh Chia seeds ke dalam secawan air. Oleh kerana chia tidak mempunyai rasa jadi saya masukkan 1 sudu makan goji. Saya biarkan selama 1 jam.

image

Chia dan Goji sudah kembang. Rasa? Ok not bad. Boleh katakan minum air Goji.

Chia mengeluarkan jeli. Kemungkinan air yang saya guna agak banyak untuk 2 sudu teh Chia jadi tidak banyaklah jeli. Teringat saya pada biji Selasih (Basil seeds) yang selalu kita masuk ke dalam sirap, minum masa buka puasa. Macam tu lah rasa chia seeds ini. Saya gunakan air pada suhu bilik (room temperature). Lain kali akan cuba dengan air yang suam kuku. Air panas tidak boleh kerana ia akan memusnahkan enzim yang terdapat dalam Chia seeds.

Terfikir diminda saya, samakah khasiat yang terkandung di dalam biji Chia dengan biji Selasih? Hmm… Yang pasti Chia seeds lebih mahal dari biji selasih!

Bacaan lanjut:
Khasiat chia seeds