Cakoi?

Tiba2 saya teringat pada kuih cakoi. Beberapa hari yang lepas saya ada menulis tentang pisang goreng dan kesihatan.

Cakoi adalah sejenis kuih yang digoreng menggunakan minyak yang banyak. Kuih ini memang sedap. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan sambal tumis ikan bilis.

Pernahkah anda perhatikan minyak yang digoreng cakoi ini. Sangat hitam dan lebih teruk dari minyak mengoreng pisang.

Bagi orang yang sangat perihatin terhadap kesihatan badan, mereka ini akan cuba mengelak dari makan cakoi yang dijual digerai2 ditepi jalan.
Minyak bila bertukar menjadi hitam boleh memudharat badan kita.

Rasa macam nak berlajarlah buat cakoi. Kata orang mudah aje cuma perlu rajin ‘practice’.

Practice makes perfect.

Khasiat Halia.

Suatu ketika saya pernahlah tanam halia dibelakang rumah. Bila pucuk2 halia ni tumbuh hingga 6 inci, satu pagi datang pak haji memotong rumput dikawasan rumah. Di potongnya juga pucuk2 halia ni dan sehingga kini pokok halia dah terbantut, tak tumbuh lagi.  😦

Saya suka sangat makan halia muda. Selalunya saya akan hiris nipis halia muda, bawang besar dan sedikit cili merah dan masukkan sedikit garam, madu dan cuka epal. Gaul rata dan biarkan selama 30minit dan makan dengan nasi dan ikan bakar atau ikan goreng. Bagi saya itu dah cukup menyelerakan. Halia muda rasanya kurang pedas berbanding dengan halia yang tua/matang.

Halia mengandungi banyak khasiat. Sering digunakan orang yang mengalami masalah angin dalam badan,  melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dan masalah kekejangan perut.

Berbagai cara boleh diambil. Halia ditumbuk dan jus boleh dimasukkan kedalam air suam atau dihiris nipis dan campur kedalam minuman teh. Tidak ada kesan sampingan melainkan kalau ambil terlalu banyak akan menyebabkan suhu badan meningkat dan boleh juga berlaku cirit birit.

Sekarang ni susah benar nak dapat halia segar. Kebanyakkan halia yang dijual disupermarket dan dipasar2 malam  direndam dengan air terlebih dahulu. Harga halia ini tak le mahal, sekilo hampir lima ringgit. Ada halia yang berkualiti tinggi dan segar, rasa lebih baik tetapi sangat mahal, sekilo lebih dari duapuluh ringgit. Halia ini memang sangat bermutu.

image
Halia sering dimasukkan kedalam masakkan.

image
Terdapat halia didalam kapsul di jual di Guardian, Vita care, Farmasi dan Himalaya.

Saya sentiasa stok satu atau dua botol halia dirumah kerana saya tahu khasiat halia untuk kesihatan badan. InsyaAllah.

image
Bagi saya buku ni banyak informasi yang sangat menarik untuk kita baca..

Khasiat daun sirih

Terdapat pokok sirih di belakang rumah dan saya dapati pokok ini senang tumbuh  walaupun tidak pernah dibaja. Pokok ini hidup dengan sangat subur hinggakan saya perlu mencantasnya selalu. Entah kenapa begitu segar bugar pokok ini. Kalaulah semua pokok di rumah macam ini tanpa perlu penjagaan, kan best. 

image

Daun sirih banyak manfaat 

image
Setiapkali ada majlis pernikahan, sudah menjadi lumrah orang-orang Melayu akan menyediakan sirih junjung sebagai satu hantaran pengantin perempuan kepada pihak lelaki.

Sebenarnya daun sirih mengandungi sangat banyak khasiat untuk tubuh badan.

Air daun sirih boleh diminum seperti teh dengan merebus 5 atau 6 daun sirih yang matang dengan 2 cawan air selama 15 minit dan di minum pada pagi dan petang, dapat melegakan pening kepala, boleh mengatasi masaalah keputihan yang menggangu sebahagian wanita dan menyembuh dari cirit birit.

Rendam daun sirih dalam semangkuk air dan ramas daun ini dan gosok pada kulit badan, bukan saja dapat menghilangkan bau badan malah boleh menghaluskan kulit. Air daun sirih dapat mencuci bahagian sulit yang gatal. Tapi kenalah buat selalu baru berkesan.

Untuk menghilang bau mulut dan mencegah kerosakan gigi ambil beberapa helai daun sirih, basuh dan kunyah kemudian berkumurlah.

Daun sirih dikunyah hancur, airnya ditelan untuk hilangkan batuk dan lelah.

Bagi wanita yang menyusu, menghadapi bengkak dada. Layurkan daun sirih, bila suam tekapkan keatas dada.

Tumbuk daun sirih sampai lumat dan letak dibahagian sendi yang sakit boleh melegakan sakit2 sendi.

Cubalah petua diatas bagi yang menghadapi masaalah. Mungkin petua2 ni mujarab. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita kena berusaha mencari dan mencuba. InsyaAllah.