Khasiat Milk Thistle

image

( Bunga Milk Thistle )

image
( Milk Thistle dalam bentuk kapsul mudah di dapati di kebanyakan farmasi )

Hati adalah organ yang berdaya tahan dan bertindak sebagai penapis semulajadi yang berfungsi untuk menyahtoksik. Hati juga mampu pulih sendiri jika berlaku kecederaan padanya, atau tumbuh semula jika perlu.

Ekstrak Milk Thistle telah diiktiraf sebagai tonik hati. Milk thistle dikatakan memberi manfaat kepada kerosakan hati pada peringkat awal dan mengekalkan fungsi untuk melindungi terhadap pembetukan sirosis hati, hepatitis kronik (radang hati),memberi kesan anti radang pada sel2 yang rosak, gangguan pundi hempedu dan mencegah serta membaiki kerosakan pada hati daripada bahan kimia dan toksik ubatan.
Milk Thistle juga boleh membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
dengan merangsang pengeluaran hempedu dan bertindak sebagai julap bagi membantu melegakan sembelit.

Milk Thistle sering menjadi pilihan saya untuk detoksifikasi hati.

Sekiranya ketika ini kita mengambil ubat2 preskripsi dan merancang untuk mencuba Milk Thistle, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

image
Buku ini manfaat untuk rujukan

Khasiat Lengkuas

Masakan Melayu banyak menggunakan lengkuas, selain memberi rasa yang unik, lengkuas juga mengharumkan masakan. Seperti juga halia dan kunyit, lengkuas  mempunyai khasiat yang tersendiri, memberi manfaat pada tubuh badan.

image

image

Lengkuas boleh memberi kelegaan pada penghidap penyakit arthritis dan arthritis reumatoid kerana ia mengandungi anti radang, juga membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan radang perut dan ulser. Di samping boleh membendung rasa mual dan loya (kunyah beberapa keping lengkuas segar), ia juga membersih dan meningkatkan peredaran darah. Dikatakan juga boleh merawat cirit birit, menaikkan selera makan dan menghilangkan bau mulut.
Bagi wanita di dalam pantang bersalin, digalakkan mengambil lengkuas kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan lebihan angin didalam badan.
Jus lengkuas yang sangat berkhasiat boleh di jadikan sebagai minuman kesihatan.

Tumbok lengkuas hingga hancur dan air perahan lengkuas (1 tsp) dengan secawan air suam2 kuku. kalau tak suka minum begitu, boleh le masukkan madu!!

Selamat mencuba 🙂

Stevia.

Selalu dengar orang kata stevia ni penyelamat bagi penghidap kencing manis. Bagi mereka2 yang paras gula dah mula nak menghampiri “Danger zone” kenalah betul2 menjaga diet, sebab kesan penyakit kencing manis ni,  jika dibiar lama2 akan menjadi teruk.

Teringat saya pada seorang teman, katanya dia terpaksa begitu berhati2 apabila mengambil makanan hinggakan mesti disukat kerana bimbang paras gulanya naik mendadak.

image
Daun stevia saya rebus selama 25 minit dan biarkan sejuk
image
Sirap stevia. Saya gunakan sirap ini untuk maniskan pengat ubi, tak boleh nak makan,’ not only me but the whole family’ hahahaha….

Bau herba stevia ini bagi saya agak kuat. Saya lebih suka minuman tanpa stevia. Macam2 jenis herba saya dah cuba tapi dengan stevia, saya tidak mampu nak telan. Saya dapati kesan manis kekal lama dimulut dan dikatakan stevia ini sangat baik untuk penjagaan mulut dan gigi.

Bagi saya manis gula tidak sama dengan manis stevia. Saya tak pernah cuba stevia drops, dikatakan sangat manis beratus2 kali ganda dari gula dan juga sudah diproses bagi membuang warna dan bau. Ada pula yang mengatakan stevia drops rasanya hanyir. Satu hari nanti, saya nak cuba stevia drops ni. 🙂