Coriander – Cilantro

Hari ini saya nak berkongsi info mengenai rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan India, iaitu ketumbar.
Herba dan rempah yang turut dikenali sebagai cilantro dan coriander ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Sebelum ini saya pernah tulis tentang khasiat daun ketumbar (Cilantro). Mari kita tengok apakah kelebihan biji ketumbar (Coriander) …

Air biji ketumbar atau pun coriander ‘tea’ boleh membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang mengeluarkan kahak, menaikkan selera, merendahkan gula dalam darah, merendahkan paras kolesterol, melegakan rasa loya, melindungi daripada jangkitan saluran kencing dan membantu penghadaman. Ia juga boleh merawat kembung perut, batuk, sakit tekak, insomnia, reumatisme, gout, ruam dan migrain.

Coriander and Cilantro are from the same plant.
image

Cilantro herb
image

Coriander Spice
image

Coriander ‘tea’. I like it, the taste is ok and the smell is nice 🙂
image

Cara mengambil:
1) Rebus 1 tsp biji ketumbar dengan 1 cawan air selama 10 minit. Tapis dan minum 1 cawan selepas makan
2) Rendam 2 tsp biji ketumbar dalam 1 cawan air panas selama 20 minit, tapis dan minum 1 cawan sehari.

Pengambilan berlebihan biji ketumbar boleh menyebabkan masalah kepada sistem saraf.
Jangan overdose ya!

Ref:
HERBS – THE HEALING NATURE
The Desktop Guide to Herbal Medicine

Cornsilk.

Jagung adalah salah satu makanan yang paling popular di dunia walaupun begitu, hanya segelintir saja masyarakat yang tahu bahawa cornsilk atau bulu jagung yang terdapat dikeliling jagung itu boleh menjadi ubat yang berharga.

Jom baca kelebihan yang terdapat dalam cornsilk..

Air rendaman cornsilk merupakan ubat yang berkesan bagi merawat jangkitan yang berlaku pada sistem kencing. Ia perlu diambil apabila tanda-tanda awal jangkitan mula berlaku bagi melegakan inflamasi dan irritasi. Cornsilk juga membantu fungsi dan memelihara kesihatan buah pinggang, pundi dan saluran kencing. Ia juga digunakan untuk merawat nanah dalam air kencing, pundi kencing yang tidak terkawal dan pembesaran kelenjar prostat.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kencing malam boleh dirawat dengan memberi minum air rendaman cornsilk

FRESH CORNSILK/BULU JAGUNG SEGAR
image

DRIED CORNSILK/BULU JAGUNG KERING, boleh digunakan bila perlu.
image

Penyelidikan dari China menunjukkan bahawa cornsilk boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan masa pembekuan darah.

Andrew Chevallier: Herbal Remedies
Rendam 1 sudu dessert (penuh) cornsilk yang dihiris kecil dengan 1 cawan air panas selama 15 minit. Minum sehingga 5 cawan sehari atau sebanyak perlu.

Remedi semulajadi ini boleh membantu dan memberi kelegaan pada masalah yang dihadapi tanpa kesan sampingan, insyaAllah.

Rujukan:
The Desktop Guide to Herbal Medicine
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

Herba Tarragon

Tarragon, yang dikenali sebagai “raja herba” di Perancis, digunakan secara meluas untuk perisa terutamanya dalam masakan Mediterranean. Ia tumbuhan aromatik yang kaya dengan fitonutrien dan antioksidan.

Herba tarragon telah digunakan juga sebagai ubat tradisional untuk merangsang selera makan dan mengurangkan gejala anorexic. Ia juga digunakan untuk merawat arthritis, kembung perut, gout, insomnia, loya, rheumatism, pencernaan dan membantu mengurangkan sakit gigi dan gusi (kunyah beberapa helai daun segar tarragon dan pesnya diletakkan dibahagian gigi yang sakit. Ini akan memberi rasa kebas pada gigi yang sakit)

image

Tarragon segar mempunyai rasa yang sangat kuat dan biasanya sedikit saja tarragon dimasukkan pada saat akhir dalam masakan untuk mengekalkan rasa.

Teh Terragon:
1 1/2 tsp daun kering terragon direndam dalam 1 3/4 cawan air panas selama 40 minit (tutup cawan), tapis dan minum semasa masih suam dan sejam sebelum masuk tidur. Teh tarragon dikatakan dapat membantu merawat insomnia.

Kalau ada masalah nafas berbau, kunyah daun terragon boleh menyegarkan nafas.. 🙂

Sumber:
1) The Desktop Guide to Herbal Medicine
2) Heinerman’s Encyclopedia of Healing Herbs & Spices