Khasiat Kacip Fatimah

Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang biasa dijumpai tumbuh liar di hutan hujan tropika.

image
Kacip fatimah. Terdapat juga jual dalam bentuk kapsul, khasiatnya dikatakan Sangat baik untuk setiap golongan wanita 🙂

Kalau Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kaum lelaki, kacip fatimah pulak sinonim dengan wanita, terutama digunakan sebagai air selusuh kerana dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Rebusan air kacip fatimah juga diminum untuk mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim serta melangsingkan badan.

Kacip fatimah sering juga diminum sebagai tonik, merangsang pengeluaran hormon, melancar kitaran haid, melegakan senggugut, merawat keputihan, cirit birit, membuang lebihan angin dalam badan, buasir, sakit sendi dan otot.
image
(Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian rujukan)

Herba kacip fatimah mampu membekalkan tenaga kepada tubuh dan dikatakan juga dapat melewatkan proses penuaan.

Khasiat Minyak Flaks (Flax seed Oil)

image

Minyak flaks mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat mudah diserap oleh badan.
Beberapa faedah kesihatan biji flaks yang dikumpulkan dari beberapa sumber adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan paras kolesterol
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
3. Meningkatkan tenaga, kecergasan dan stamina
4. Perlindungan terhadap kanser, terutama kanser payudara dan prostat
5. Menghindari darah beku
6. Meningkat sistem imun
7.Peningkatan kadar metabolik dengan memberi kesan positif ke atas pengurusan berat badan
8. Merawat kulit ekzema dan psoriasis
9. Melegakan keadaan tisu radang termasuk artritis
10. Menormalkan paras gula dalam darah

Ada berpendapat, bagi individu yang mempunyai kulit berminyak pengambilan minyak flaks boleh memburukkan lagi keadaan.

Sesetengah orang merasa loya apabila mengambil biji flaks yang dikisar. Dengan memakan buah betik masalah ini dapat ditangani kerana enzim yang terkandung dalam betik dapat menghilangkan rasa loya.

Perlu diingatkan minyak flaks mesti sentiasa di simpan di dalam peti sejuk

image

Dr. Johanna Budwig, seorang biokimia Jerman berpendapat bahawa orang yang sihat mempunyai kandungan yang lebih tinggi omega 3 dalam darah daripada orang-orang yang sakit. Omega 3 adalah salah satu asid lemak yang sangat diperlukan oleh badan.
Beliau juga berpendapat bahawa diet yang tidak betul adalah punca kanser. Lemak trans pula mempunyai kesan negatif pada membran sel dan adalah faktor utama pembiakan kanser. Beliau turut menjelaskan bahawa pelan penyembuhan yang dicadangkannya mampu berfungsi memperbaiki sel-sel badan.

Protokol Budwig ( Budwig diet) adalah diet anti kanser. Diet yang kaya dengan minyak flaks yang dicampur dengan keju kotej dan susu, sayur, buah dan makanan yang berserat tinggi. Diet yang perlu dielakkan ialah gula, lemak haiwan, daging, mentega dan marjerin. Beliau mendakwa bahawa dalam tempoh 3 bulan, bagi sesetengah pesakit yang mengikuti diet ini, tumor mengecut dan menjadi lebih kecil; ada juga tumor yang terus lenyap serta pesakit berasa lebih baik…

Manfaat Cengkih

Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal selama berabad2. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilangkan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih dalam bentuk teh dan serbuk untuk tujuan merawat penyakit.

image

Minyak cengkih adalah ubat untuk masalah gigi dan dikatakan boleh menghilangkan sakit gigi dengan serta merta, melegakan keletihan mental dan badan, merawat pelbagai gangguan penafasan termasuk batuk, selsema, bronkitis, asma dan sinisitis. Cengkih boleh meningkat peredaran darah dan bermanfaat untuk jantung, hati dan perut

Minyak cengkih + sedikit garam, sapu ke dahi boleh hilang sakit kepala.
Boleh membunuh cacing. Meningkat gerakan peristalsis. Cengkih juga digunakan untuk rawatan insomnia, menyegarkan nafas, meningkan sistem imun dengan membersih darah dan membantu melawan pelbagai penyakit.

image
(Buku ini juga dirujuk)

Ciri-ciri antiseptik yang terdapat dalam cengkih telah digunakan secara meluas dalam produk penjagaan gigi dan mulut.
Faedah lain cengkih ialah meningkat kekerapan membuang air kecil, sekaligus membantu penyingkiran bahan toksik dari badan dan membantu dalam reumatisme, kekejangan otot dan bengkak.

Teh cengkih;
1 tsp cengkih + 2 cawan air, masak hingga mendidih dan kecilkan api dan rebuskan selama 2-3 minit. Tutup api dan biarkan lagi selama 5 minit dan kemudian tapis. Boleh maniskan dengan madu.

Herba dan rempah mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan sebagainya. walaupun tidak sakit atau menderita dari penyakit, mengambil herba sebagai sebahagian daripada diet adalah baik untuk menikmati kesejahteraan kesihatan yang tidak ternilai….