Habatussaudah dan Madu Lebah.

Kata ibu saya tempoh hari, kenapa tidak kisarkan Habbatussaudah hingga halus dan campurkan dengan Madu Lebah, rasa lebih baik dan mudah dimakan.
image
Habbatussaudah yang telah dikisar dan diayak

image
Madu lebah yang biasa dah habis, jadi saya campurkan dengan madu yang mengandungi Royal Jelly

image
Inilah hasilnya yang telah saya buat pada 2 minggu yang lepas

Rasa pahitnya kurang daripada hari pertama dan tadi saya makan 1/2 sudu teh. Alhamdulillah, badan rasa bertenaga. Hari ini kalau rajin, banyak kerja rumah boleh siap. 🙂

Bacaan tambahan:
Khasiat Habatussaudah

Chia seeds dan Goji

Chia seeds.
image

image

Pukul 11.45 pagi tadi saya rendam 2 sudu teh Chia seeds ke dalam secawan air. Oleh kerana chia tidak mempunyai rasa jadi saya masukkan 1 sudu makan goji. Saya biarkan selama 1 jam.

image

Chia dan Goji sudah kembang. Rasa? Ok not bad. Boleh katakan minum air Goji.

Chia mengeluarkan jeli. Kemungkinan air yang saya guna agak banyak untuk 2 sudu teh Chia jadi tidak banyaklah jeli. Teringat saya pada biji Selasih (Basil seeds) yang selalu kita masuk ke dalam sirap, minum masa buka puasa. Macam tu lah rasa chia seeds ini. Saya gunakan air pada suhu bilik (room temperature). Lain kali akan cuba dengan air yang suam kuku. Air panas tidak boleh kerana ia akan memusnahkan enzim yang terdapat dalam Chia seeds.

Terfikir diminda saya, samakah khasiat yang terkandung di dalam biji Chia dengan biji Selasih? Hmm… Yang pasti Chia seeds lebih mahal dari biji selasih!

Bacaan lanjut:
Khasiat chia seeds

Khasiat cranberries.

Jus cranberries sangat mujarab bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing yang tidak serius, menyebabkan rasa sakit ketika membuang air kecil. Minum 15fl oz jus cranberries akan menghalang bakteria berada didinding pada saluran kencing. Menurut Dr. Anthony Sobota, professor of Microbiology, Youngstown University, Ohio, USA.

image

Cranberries yang telah kering. Sebaiknya dapatkan yang organik dan tanpa campuran gula.

Bagi mereka yang selalu mengambil oat untuk sarapan, cuba masukkan segala macam berries dan kacang seperti walnut, gajus dan almond. Ia akan membuat anda lebih selera untuk makan oat pada setiap pagi.