Khasiat kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.

image
(Saya suka beli kacang hijau yang organik, insyaAllah tiada bahan kimia yang boleh memudharatkan kesihatan)

Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.

Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.

Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.

1/2 cawan kacang hijau + 4 cawan air di rebus selama 15 minit diatas api yang kecil. Periuk di tutup semasa merebus kacang hijau. Tapis dan bila dah suam bolehlah di minum.( jangan biarkan kacang hijau berendam lama didalam air rebusan, sebab nanti kacang akan kembang )
Kacang hijau yang sama boleh diulang rebus untuk kali kedua. Kacang hijau bersifat menyejukkan badan jadi tidak digalakkan mengambilnya bagi mereka yang sering mengalami sejuk di tangan dan kaki. Elak makan kacang hijau kalau mengalami cirit birit.
Murah tapi berkhasiat….

Cara mudah buang sisik ikan

image

Ini adalah alat yang digunakan untuk membuang sisik ikan. Bila saya nak buang sisik ikan (semua jenis ikan) saya tak guna alat ini….saya guna garpu, hahaha sebab lebih mudah dan berkesan. Jika tidak mahu sisik berterbangan, masukkan ikan kedalam beg plastik besar dan buang sisik dari dalam plastik.

Selamat mencuba

Khasiat daun Salam (Bay Leaf)

Satu masa yang lalu saya ingat daun Salam ni hanya digunakan untuk masakan seperti daun limau purut dan daun kunyit, sehinggalah saya ke jogjakarta, indonesia. Saya dan suami singgah dirumah ibu seorang teman. Di depan rumahnya, berdiri gagah satu pokok salam yang sangat tinggi.

image

Kami diberitahu mereka sering rebus daun salam dengan gula batu, dan di jadikan sebagai teh daun salam yang sangat baik untuk kesihatan. Masa itu saya akui ibu teman kami, seorang wanita yang sudah lanjut usia, sihat, tegap dan dia juga menjalankan kerja amal yang memerlukan beliau bergerak aktif. Memang jelas kelihatan dia seorang yang cergas. Ketika itu saya difahamkan, itu lah amalan ibu nya, minum teh daun salam setiap hari.

Khasiat daun salam dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah yang melonjak melebihi paras normal, menurun tekanan darah dan kadar kolesterol ldl, merawat ulser perut, pening, migrain, katarak, gatal2, kudis dan ekzema. Daun salam juga disebut2 boleh mengatasi cirit birit, pedih ulu hati dan mengurang asid urik dalam badan.

Resepi teh daun salam
Untuk cirit birit 10 daun segar (daun kering guna separuh daun segar)
+ 2 cawan air. Rebus 15 minit dan minum ketika masih lagi panas.

Untuk kencing manis ambil 6-8 daun salam segar + 3 cawan air hingga jadi 1 cawan teh salam, biar sejuk dan minum sebelum makan dan lakukan dua kali sehari. ( sesuai juga untuk tekanan darah tinggi dan kolesterol)

Untuk asid urik 10 daun salam segar + 4 cawan air rebus sehingga menjadi 2 cawan.

Untuk ekzema 8 daun salam segar + 20 gram kunyit. Tumbuk lumat dan sapu pada kulit yang sakit.