Ayam Aroma

Assalamualaikum..
Makan malam hari ini sungguh menyelerakan. Simple tapi sedap 😀

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung sederhana besar – dibuang kulit dan potong 10 ketul
2) 1 1/2 sudu besar rempah kari Adabi
3) Garam
4) Minyak untuk menggoreng
5) 1 sudu besar penuh minyak sapi

6) 2 batang serai dihiris menyerong
7) 30 keping daun limau purut dihiris kasar
8) 6 ulas bawang putih dengan kulit dibasuh bersih diketuk dan dicincang
9) Cili padi dihiris kasar

Cara:

1) Gaul ayam dengan rempah kari dan garam. Perap selama 1 jam
2) Panaskan minyak menggoreng secukupnya dan masukkan minyak sapi
3) Goreng ayam di atas api sederhana sehingga kelihatan sedikit kering.
4) Masukkan bawang putih dan serai dan goreng sehingga bawang putih kekuningan
5) Masukkan daun limau purut. Goreng ayam sehingga garing. Toskan

Selamat mencuba!

Sayur Masak Lemak

Assalamualaikum.

Resipi hari ini sayur bayam & daun kari masak lemak…

image

Bahan-bahan:

1) 200g sayur bayam merah dipotong, asingkan batang dan daun
2) 1 cawan air
3) 5g ikan bilis
4) 2 ulas bawang putih
5) 1/4 tsp lada hitam
6) Sedikit cili padi merah
7) 1/2 cawan santan kotak kara
8) 3 tangkai daun kari muda
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk bahan 3~6 sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk.
2) Tuangkan 1 cawan air dan masukkan batang bayam. Kemudian masak sehingga mendidih
3) Kecilkan api dan masukkan daun bayam, daun kari dan santan. Kacau sehingga rata
4) Bila mendidih, padamkan api dan masukkan garam.

Achara

Assalamualaikum.

Jeruk lagi hahaha….

Achara adalah jeruk betik muda

Pada asalnya, saya tidak rancang nak kongsi resipi achara yang saya buat pada tiga minggu lepas. Sebabnya? Saya tidak begitu suka achara ini. Tapi bagi adik dan mak saya, achara ini sedap! Ya lah, citarasa manusia ni kan tak semuanya sama. Kalau sama, banyak kain di kedai tak laku sebab semua orang nak beli kain yang sama hehe…
Jeruk ini popular di Negara Filipina. Ketika saya tinjau resipi achara di blog Asian In America, saya begitu teruja untuk mencubanya. Oleh kerana resipi itu menggunakan 4 cawan rice wine vinegar, jadi saya olah sedikit resipi asal. Saya guna cuka beras perang dan masukkan 1 1/2 cawan sahaja. Selain itu saya juga kurangkan setengah amaun gula. Kuantiti bahan lain saya kekal seperti resipi asal. Namun begitu rasa cuka dalam achara ini agak kuat. Mungkin saya perlu kurangkan lagi cuka dan campur dengan sedikit air untuk memenuhi citarasa saya. InshaaAllah, lain kali cuba lagi..
Di filipina, achara biasanya dimakan sebagai pembuka selera, juga dihidang bersama daging panggang, seafood, ayam bakar dan sebagainya…

image

Bahan-bahan:

1) 1 kilo (2.2 lb) betik muda isi putih diparut sederhana kasar
2) 1 1/2 cawan cuka beras perang
3) 3/4 cawan gula
4) 3 sudu besar/tablespoon garam
5) 5cm halia dihiris seperti batang mancis
6) 1 batang besar carrot diparut sederhana kasar
7) 2 cili merah (besar), buang biji dan hiris nipis
8) 1 labu bawang besar (besar) belah dua dan hiris nipis
9) 2 sudu besar kismis
10) 4 ulas bawang putih dihiris nipis

Cara:

1) Masukkan cuka, gula, 1 sudu besar garam, halia dan bawang putih ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh sekejap sehingga gula dan garam larut. Sejukkan dan tutup periuk. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
2) Satukan betik, carrot, kismis, cili dan bawang ke dalam mangkuk. Gaulkan 2 sudu besar garam sehingga rata. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk semalaman
3) Keesokkan hari… alaskan penapis dengan kain muslim dan tuang adunan betik
4) Siram dengan air paip sekejap dan kemudian satukan bucu kain muslim dan perah buang air adunan betik.
5) Masukkan betik yang telah diperah buang air ke dalam bekas/balang. Tekan betik di dalam balang sehingga mampat
6) Tuang air rebusan cuka ke dalam balang betik.
7) Achara disimpan dalam peti sejuk dan tahan selama 6 bulan