Mackerel Masak Kicap

Assalamualaikum

Seperti biasa, menu hari ini pun ringkas saja. Tapi hidangan yang ringkas ini lah yang menjadi favourite anak-anak saya. 😀

image

Bahan-bahan:

1) 1 tin besar ikan Mackerel In Tomato Sauce (Ayam Brand)
2) 1 labu bawang besar di hiris kasar
3) 6 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
4) Cili padi dihiris kecil
5) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
6) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
7) Kicap lemak masin Cap Kipas Udang

Cara:

1) Keluarkan ikan dan ambil 3 sudu besar sos tomato dari tin
2) Ceraikan isi ikan mackerel
3) Tumis bawang besar dan bawang sehingga kekuningan
4) Masukkan cili kering dan cili padi. Goreng sekejap
5) Masukkan ikan, sos tomato dan goreng sehingga hampir kering
6) Masukkan lada hitam dan kicap secukup rasa. Kacau sehingga rata

Mmmm…sedapnya, awesome!

Betik Muda Goreng

Assalamualaikum

Menu untuk makan petang hari ini ialah betik muda goreng.

image

Caranya sangat mudah. Cuma gaul garam dan kunyit kemudian goreng di atas api yang sederhana. Hasilnya..seperti dalam gambar di atas 🙂

Selamat mencuba..

Pisang Muda Goreng

Assalamualaikum..

Hari ini tiba-tiba rasa nak jadi kreatif sikit. Saya goreng pisang lemak manis muda dengan kulitnya sekali.
Boleh tahan juga sedapnya dan sesuai untuk makan petang..

Jom cuba!

image

Cara:
1) 15 biji pisang muda Lemak Manis, disiat kulit iaitu buang lapisan kilat
dan cuci bersih.
2) Setiap pisang ditoreh dan gaul dengan garam. Perapkan sekejap
3) Panaskan minyak dan goreng di atas api sederhana sehingga masak.

Sedap makan panas-panas 🙂