Masak Lemak Jintan Cendawan Sisir

Assalamualaikum

Resipi hari ini ialah masak lemak jintan cendawan sisir.

Ada setengah orang panggil ini cendawan kukur.
Sekarang susah nak jumpa orang jual cendawan sisir, walaupun di pasar tani. Jadi setiap kali bila saya ke pasar tani, kalau ada terjumpa cendawan sisir, pasti saya akan beli. Rasanya memang enak terutama bila dibuat masak lemak atau digoreng kunyit.

Sebelum dimasak, cendawan sisir ini harus direndam dan dibasuh betul-betul. Pilih dan buang kulit-kulit kayu yang melekat dan di bilas berkali-kali..

Cendawan Sisir

1452242614393

 

1452242502848

 

Bahan-bahan
1) 200g cendawan sisir dicuci bersih dan toskan
2) Cili padi (terpulang citarasa pedas)
3) 2 batang serai (ambil cuma 2″ setiap batang)
4) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
5) Serbuk kunyit
6) 1/2 mangkuk kecil daging batang pinang dihiris nipis dan kecil
7) 1  1/2 cawan air
8) 1 kotak kecil santan kara

Caranya:

1) Serai, cili padi, serbuk jintan putih & serbuk kunyit ditumbuk lumat
2) Panaskan air dan masukkan bahan yang ditumbuk
3) Bila dah mendidih, masukkan cendawan sisir dan daging
4) Daging dan cendawan sisir dah masak, masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata
5) Bila kuah mendidih sekejap, padamkan api.

Jom try! 🙂

Ayam Jintan Bakar

Resipi hari ini…

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil, dibuang kulit dan bersihkan
2) 6 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3) 1/2~3/4 sudu teh serbuk jintan putih
4) Sedikit serbuk lada sulah
5) 1 batang daikon/lobak putih dipotong kiub
6) Kicap lemak masin dan sedikit garam

Caranya:

1) Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit.
2) Panaskan oven 190°C
3) Letak semua bahan yang diperap diatas dulang non stick. Resipi ini tidak menggunakan minyak
4) Semasa membakar sekali sekala balik-balikan ayam.
5) Bakar selama 40~45 minit (bergantung pada oven) atau sehingga ayam kelihatan hampir garing.

Menyelerakan bila dihidang dengan sambal.

Jom makan! 🙂

Citarasa Zahilah

Bawal Putih Halia Muda

Jom try..

 

1448531422175

 

1) 6 ekor ikan bawal putih
2) 1/2 genggam ikan bilis & 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3) 3 inci halia muda dimayang
4) Serbuk lada sulah secukup rasa
5) 1 1/2 cawan air
6) Garam

Caranya:
1) Panas air dalam kuali dan masukkan semua bahan.
2) Kecilkan api dan rebus sehingga ikan masak.

She loves it so much! 🙂