Korea : Lawatan ke Istana Gyeongbok

Gyeongbok adalah istana pertama yang dibina oleh Dinasti Joseon. Istana ini adalah yang paling besar dan terhebat diantara lima istana yang terbina pada zaman itu. Istana Gyeongbok telah dibina pada abad ke-14 dan telah musnah beberapa kali, setiap kali ianya dibina semula. Ia terletak di tengah-tengah ibu kota Korea, Seoul. Pintu masuk utama ke Istana Gyeongbok ialah Gwanghwamun Gate.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

GWANGHWAMUN GATE

image

Kawasan istana ini sangat luas dan kami hanya meluangkan masa selama 1 jam untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di persekitarannya. Tempat ini amat cantik, terdapat tasik, ada juga istana kecil di tengah tasik. Rekabentuk istana ini memang amat menarik; pembinaan yang begitu teliti. Sebenarnya kita perlu lebih banyak masa jika betul-betul mahu melihat keindahan keseluruhan kawasan istana ini…

Korea, aku datang…

Selepas sarapan pagi, saya dan empat orang rakan menaiki shuttle dari hotel menuju ke  Seoul station. Perjalanan seterusnya dari Seoul station ke Seoul Grand Park adalah dengan keretapi dan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Dari pintu masuk Seoul Grand Park ke Taman Ros ada disediakan tram, namun kami berjalan kaki untuk ke sana, kerana tidak sabar nak menunggu tram. Tak sangka pula perjalanan kaki agak jauh, walau pun begitu kami rasa seronok, tambahan pula pemandangan di situ indah. Sepanjang perjalanan juga kita boleh melihat cable car.

Setiap tahun Seoul Grand Park menganjurkan Rose Festival di Taman Ros, dan pada tahun ini ia diadakan sepanjang bulan Jun. Bayaran masuk ke Theme Garden adalah 2000 won iaitu lebih kurang 6 ringgit. Di Taman Ros pengunjung dapat melihat lebih daripada 200 pelbagai jenis bunga ros.

Saya dan rakan-rakan amat teruja melihat keindahan beribu-ribu bunga ros, pelbagai warna dan juga pelbagai species. Yang begitu menarik perhatian saya ialah bunga ros warna kuning, …. because I seldom see those in Malaysia.

We had our simple lunch together in the Park…….berkelah!

WE  JUST MISSED THE FIRST TRAIN, HAHAHA…..
image

image

image

image

image

image

image

image

In the midst of beauty roses, I feel awesome   🙂