Label makanan

Kita boleh tahu hampir segala-galanya tentang makanan yang dibungkus dengan melihat pada label bahan-bahan….

image

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali bila saya hendak membeli makanan yang diproses/bungkus, walaupun terdapat tanda halal, saya pasti melihat pada label bahan-bahan. Seboleh mungkin saya akan jauhi bahan kimia yang pelik yang ditambah dalam makanan, bahan pengawet, vitamin sintetik,’high fructose corn syrup’ (hampir mustahil untuk mengelakkannya kerana terlalu banyak produk makanan mengandunginya), trans-fat, pewarna tiruan, MSG dan sodium nitrate. Bahan-bahan ini boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan.

Mungkin mustahil untuk mengelakkan bahan-bahan ini sepanjang masa, tetapi kita harus sekurang-kurangnya menghadkan pengambilannya. Kita perlu melakukan yang terbaik untuk menjaga diri kita….

Masalah berlebihan gula dalam darah

Sejak usia meningkat, saya dapati citarasa saya pada makanan banyak berubah. Kalau dulu semasa muda suka makan coklat, aiskrim dan kek berkrim. Sekarang jarang sekali. Bukannya apa, bagi saya makanan yang mengandungi susu, berbau lembu hahaha… Entah la kenapa jadi begitu, dah bertahun macam ni. 🙂 Hmm…tapi adalah kebaikannya jugak, saya jadi kurang makan makanan manis. Alhamdulillah.

Mengapa ya sekarang ni terlalu ramai menghidap penyakit kencing manis. Kalau dulu orang dewasa je, sekarang ini budak2 pun ramai dah dapat kencing manis. Sedih sangat bila kita tengok budak2 ni. Masa depan masih panjang, dah terpaksa melalui banyak kesukaran menghadapi masalah yang memudharatkan kesihatan badan mereka.Pada pengamatan saya, budak2 sekarang kerap sangat minum minuman tin dan kotak dan juga makan makanan yang manis dimana terdapat kandungan gula yang sangat tinggi. Berlebihan gula dalam darah boleh menyebabkan kencing manis dan jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit ini menjadi kronik

Masalah penyakit kencing manis tidak boleh dipandang ringan.Teringat pada teman saya yang menghadapi masalah kencing manis tahap kronik. Katanya ” I perlu timbang setiap makanan sebelum makan, kena pastikan kuantiti yang diambil tidak menyebabkan berlebihan gula”

Apakah kesan penyakit kencing manis kronik pada kesihatan badan? Diantaranya adalah
1¤ Bila gula berkumpul dalam darah ke tahap yang sangat tinggi,saluran darah menjadi tebal dan kurang elastik, menyebabkan darah sukar mengalir
2¤ Boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah dalam retina mata
3¤ Boleh merosakkan saluran saraf yang akan mengakibatkan kebas dan kesemutan pada kaki atau tangan

Justeru, kita semua mesti berusaha mengelakkan diri dari mendapat kencing manis dengan mengawal pengambilan makanan yang berlebihan gula. Kandungan gula dalam darah boleh dipantau dengan menggunakan alat seperti dibawah.

image

Kebaikan pemantauan sendiri adalah ia membuat kita lebih berhati dan membantu kita merancang pemakanan harian. Ia juga mendisiplinkan kita dari melakukan perkara2 yang negatif kepada kesihatan.

InsyaAllah blog ini akan menyentuh mengenai herba yang boleh mengawal paras gula dalam darah di post yang akan datang.

Pinenuts boleh slimkan badan?

Tadi timbang berat badan. Tak le banyak turun, cuma 3 kg je. Rasa-rasa macam nak beritahu satu dunia hehe. Kalau cakap pada anak-anak, mereka akan kata “mama, you look the same la..” dan kalau bagitahu pada suami pulak, “really, lets celebrate” . Tu la sebabnya payah nak turun berat badan selama ini. Better keep this small secret to myself!

Bukan senang nak turun berat badan diusia sebegini, melainkan di bulan ramadan, tu pun tak boleh nak kekal lama.

Shall we talk about pinenuts? I love pinenuts so much. Bila dah mula makan tak boleh nak berhenti, sehinggalah habis. Rasanya lemak dan sedap. Kacang ini boleh membuatkan saya hilang rasa lapar dengan segera. Bukan itu saja, pinenuts yang berwarna krim ini boleh juga meningkatkan tenaga saya. Jadi, elok jugak lah saya masukkan pinenuts dalam senarai menu untuk kuruskan badan.

Masa muda dulu, makan banyak jugak tapi susah sangat nak naik berat badan. Kurus je, sampai pergi jumpa doktor minta ubat kot-kot boleh gemuk sikit. Doktor pun ketawa, “Apasal nak gemuk ni, orang lain sibuk nak kurus, awak ni lain pulak” haha Sekarang ni tak terfikir pula nak jumpa doktor untuk kuruskan badan. Dah tahu apa doktor akan kata… “awak kurang makan je lah kalau nak kurus.”

Minum teh hijau dan makan chia seeds, dikatakan boleh juga menurunkan berat badan. Tapi dari pengalaman, saya dapati berat badan saya tak turun. Bagi saya chia seeds tidak seperti kacang pine. Ia tidak mampu menahan lapar saya. Dengan kacang pine pula saya dapati perut lambat terasa lapar. Betul le seperti yang saya baca mengenai kacang pine, banyak kelebihan dan salah satunya ialah membendung selera makan.

Kacang pine mengandungi asid lemak mono tak tepu, boleh membantu merangsang aktiviti otak, mengurangkan kolesterol dalam badan dan menyumbang kepada kesihatan jantung. Ia kaya dengan vitamin A, E, K, tembaga,  besi, magnesium dan mangan. Semua ini membantu pada sistem kardiovaskular. Kacang pine juga membantu hati menghapuskan trigliserida yang berbahaya dari badan kita dan ia juga manfaat untuk melegakan ketegangan dan kekejangan otot.

Kacang pine juga mengandungi lutein, antioksidan yang penting untuk pencegahan penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.

image

Kalau boleh tak nak turunkan lagi berat badan. Tak nak le kurus sebab bila dah pegang title mak cik ni, rasanya, elok berisi sikit, baik untuk kulit.

Pinenuts ini boleh didapati di Jusco dan Cold storage. Pernah juga beli di Pavilion. Boleh makan begitu saja atau masukkan ke dalam masakan seperti herbal soup.