Selera Asam Asin Kurau

Resipi hari minggu….

Dah ada ke menu untuk makan malam minggu? Kalau belum bolehlah cuba resipi selera asam asin kurau. 😉

Saya suka buat masakan ini di waktu tengah hari dan kemudian biarkan dalam peti sejuk beberapa jam supaya jus lemon dan air bawang dan cili serap ke dalam ikan masin. Sejam sebelum dihidangkan, baru saya keluarkan.

Mmm.. sedap makan dengan pucuk-pucuk ulam!

SELERA ASAM ASIN KURAU
image

image

Bahan-bahan:

1) 1/2 mangkuk ikan masin kurau dihiris kiub kecil dan digoreng
2) 3 ulas bawang merah dihiris nipis
3) 3 biji cili padi dihiris nipis. Lebihkan kalau rasa nak pedas
4) Jus 2/3 buah lemon

Gaul semua bahan sehingga rata. Biarkan sejam sebelum di hidang.

Ok, selamat mencuba.

Kemunting Cina

Pokok Kemunting Cina dikenali juga dengan nama lain seperti pokok bunga tapak dara, kembang sari cina, kembang tembaga, bunga serdadu dan ‘periwinkle’. Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan. Pada masa kini, pokok kemunting cina ditanam secara meluas kerana ia dikatakan bermanfaat untuk mengubati penyakit kanser terutama untuk rawatan leukemia.

Setengah orang memilih daun pokok yang berbunga putih kerana dipercayai lebih mujarab.

KEMUNTING CINA
image

Air rebusan bunga kemunting cina diminum untuk merawat asma, kembung perut dan usus. Manakala air rebusan 10 helai daun dan 10 kuntum bunganya diminum untuk merawat kencing manis.

Air rebusan daun dan ranting diminum untuk merawat batuk, leukemia, sesak nafas, sakit kepala, tekanan darah tinggi, reumatisme. Ia juga membantu melawas buang air kecil dan air besar, mencuci darah dan merangsang haid.

Kemunting cina harus dielak oleh wanita hamil, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, hati atau paru-paru,tekanan darah rendah dan sembelit. Dikatakan herbal ini juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan terutama Warfarin (Coumadin).

Walaubagaimana pun manfaat kemunting cina boleh mengurangkan banyak isu-isu berkhaitan kesihatan jika diambil dengan cara yang betul.

Sumber:

Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan & Ubatan

Winston & Maimes: ADAPTOGENS

Periwinkle Cures and Natural Remedies

Nenda

Seperti biasa, resipi hari ini pun simple dan mudah.

Nenda adalah masakan daging campur nenas. Saya guna nenas josephine, nenas yang manis. Rasanya, mmm…sedap!

NENDA sebenarnya NENas-DAging 😉

Jom cuba..

NENDA

1449093305996

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk daging yang telah dihiris nipis
2) 1/2 tsp serbuk jintan manis
3) 1/2 mangkuk nenas josephine segar yang dicincang. Empulur nenas tidak diambil.
4) Cili padi dihiris nipis
5) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
6) Serbuk kasar lada hitam, kicap & garam

Cara:
1) Daging diperap dengan jintan manis selama 30 minit
2) Tumis bawang putih dan cili padi sehingga kekuningan
3) Masukkan daging & nenas dan masak sehingga air daging kering.
4) Akhir sekali masukkan sedikit serbuk kasar lada hitam, kicap dan garam secukup rasa.

Hidangan nenda lebih berseri bersama salad sawi celur. 😀

SALAD SAWI CELUR

 

1449093907566

Bahan-bahan:

1) 2/3 mangkuk sayur sawi yang telah dicelur sekejap dan dihiris. Ambil daun & batang yang lembut je.
2) 1 biji capsicum yang dipotong dadu
3) 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
4) 3 biji cili padi merah dihiris nipis
5) Jus 1/2 biji lemon / tambah jus lemon kalau suka lebih masam
6) 1 1/2 sudu besar minyak bijan
7) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Gaul semua bahan sehingga rata dan biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat menjamu selera