Pokok Kemunting Cina dikenali juga dengan nama lain seperti pokok bunga tapak dara, kembang sari cina, kembang tembaga, bunga serdadu dan ‘periwinkle’. Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan. Pada masa kini, pokok kemunting cina ditanam secara meluas kerana ia dikatakan bermanfaat untuk mengubati penyakit kanser terutama untuk rawatan leukemia.
Setengah orang memilih daun pokok yang berbunga putih kerana dipercayai lebih mujarab.
Air rebusan bunga kemunting cina diminum untuk merawat asma, kembung perut dan usus. Manakala air rebusan 10 helai daun dan 10 kuntum bunganya diminum untuk merawat kencing manis.
Air rebusan daun dan ranting diminum untuk merawat batuk, leukemia, sesak nafas, sakit kepala, tekanan darah tinggi, reumatisme. Ia juga membantu melawas buang air kecil dan air besar, mencuci darah dan merangsang haid.
Kemunting cina harus dielak oleh wanita hamil, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, hati atau paru-paru,tekanan darah rendah dan sembelit. Dikatakan herbal ini juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan terutama Warfarin (Coumadin).
Walaubagaimana pun manfaat kemunting cina boleh mengurangkan banyak isu-isu berkhaitan kesihatan jika diambil dengan cara yang betul.
Sumber:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan & Ubatan
Winston & Maimes: ADAPTOGENS
Periwinkle Cures and Natural Remedies
Salam Kasih,
Baru tahu banyak khasiat rupanya pokok kemunting Cina ni, terima kasih kerana berkongsi info. Saya memang meminati herba-herba ni.
WaalaikumusSalam.
Sama2. Hmm… minat kita sama. 🙂