Ikan asam jawa

Jom kita tengok ikan asam jawa ini yang sedap di makan bersama sambal tempoyak atau sambal belacan..

image

image

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
Segenggam asam jawa
Air
Garam
Minyak

Cara:
Ramas air dan asam jawa sehingga rata. Masukkan ikan kembung
Paras air hendaklah menutupi ikan
Rebus ikan sehingga masak. Biarkan ikan berendam dalam air asam jawa.
Lebih lama ikan berendam, lebih terasa asam pada isi ikan itu nanti
(Bagi saya sedap dibiarkan berendam semalaman)
Sebelum digoreng toskan ikan terlebih dahulu. Gaul garam secukup rasa
Panaskan sedikit minyak. Goreng seperti biasa

Bila makan ikan goreng tu molek jugalah kita makan ulam kan? Pernah tak cuba makan daun ketumbar dengan sambal tempoyak? Cubalah sedap.. 🙂

Khasiat Pokok Semambu

Pokok semambu mempunyai khasiat yang sangat besar pada kesihatan. Ia adalah herba yang sangat terkenal di Negara India. Semambu telah digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati.

Semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Serbuk daun semambu sangat berkesan dan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia adalah sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.

Pokok semambu, gambar dari wikimedia
image

Pokok semambu, gambar dari wikimedia
image

Minyak semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.

Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Walau apa pun dapatkan pandangan pakar sebelum mengambilnya…

Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden.

Bacaan tambahan:

“Neem: A Tree for Solving Global Problem

Medicinal properties of Neem

The Desktop Guide to herbal medicine

Eggplant side dish (Gaji namul)

Malam ni dinner saya buat gaji namul. Gaji namul adalah resipi korea dari Maangchi. Walaupun resipi ni simple je tapi bagi saya sedap. Bagi sesiapa yang nak kurangkan makan masakan bergoreng, boleh lah cuba resipi ni. 🙂

image

image

image

image

Bahan:
1) 5 biji terung, belah dua dan kukus. Dah masak biarkan sejuk dan kemudian carik kasar2
2) 3 ulas bawang putih, dihiris nipis atau di cincang.
3) 1/2 tbsp serbuk cabai kering
4) 1/2 tbsp minyak bijan
5) 2 tangkai daun bawang dihiris
6) 2 tbsp kicap
7) 1/2 tbsp bijan, digoreng tanpa minyak dan garam secukup rasa.

Semua bahan dicampur dan gaul sehingga rata. Dah pun ready dimakan, enak dengan nasi putih…

Selamat mencuba 🙂