Umbut kelapa

Makan umbut kelapa mentah sedap betul, manis dan rangup… Agaknya kalau makan dengan sos rojak mungkin enak kot!

Tengah hari ni masak air je. Resipi mudah untuk siapa2 yang tak suka dok lama di dapur. Walaupun simple tapi sedap jugak, hehehe…

image

image

Umbut kelapa dipotong seperti dalam gambar, hihi..
Rebus segenggam ikan bilis dengan 2 cawan air. Bila dah masak buang ikan bilis dan masukkan semangkuk umbut kelapa, 3 ulas bawang putih, cili padi, lada hitam dan garam secukup rasa.
Mak saya kalau masak ni dia suka masukkan sedikit belacan. 😉

Mudah kan?

yesss!

Sambal kelapa dengan daun asam gelugur

Sedap pucuk daun asam gelugur ni. Rasanya yang masam, lemak, sedikit manis dan kelat ni bila dibuat sambal memang menyelerakan. Makan sebagai ulam cicah dengan sambal tempoyak pun best jugak. 🙂

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 ikat daun asam gelugur dihiris nipis.Dapat lebih kurang semangkuk kecil
2) 2 cili merah dibuang biji
3) Cili padi, terpulang pada citarasa pedas
4) 2 tbsp kelapa parut
5) 1 biji bawang merah
6) 2 tbsp ikan bilis. Rendam sekejap dengan air panas dan tapis. Boleh juga kalau nak guna ikan bilis kiub atau udang kering.

Caranya mudah je. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan ikan bilis hingga hancur tapi jangan lumat sangat. Kemudian masukkan garam secukup rasa, kelapa parut dan daun asam gelugur dan tumbuk lagi.
Dah pun siap untuk dimakan 🙂

Kalau selalu dok makan sambal belacan apa kata kali ni makan sambal daun asam gelugur pula! hehe..

Jeruk halia

Pagi ini apa kata kita tengok pulak resipi jeruk halia. 🙂
–Sebagaimana yang kita tahu halia banyak mengandungi khasiat untuk melancarkan perjalanan darah, boleh melegakan rasa mual dan loya, membuang angin dalam badan, membantu proses penghadaman dan merawat kekejangan perut dan badan juga akan merasa selesa dan ringan.

Minggu lepas saya membuat jeruk halia. Nak buat jeruk ni kena guna halia muda baru sedap sebab ia tak bersabut dan kurang rasa pedas.

image
Saya guna epal dan pear sebab saya tidak masukkan gula untuk jeruk halia ini.

image

image

Bahannya:
1) 3 cawan air
2) 1/4 cawan garam kasar himalayan
3) 1 biji epal dihiris nipis
4) 1 biji pear dihiris nipis
5) 1/4 cawan cuka epal
6) 1 mangkuk halia muda, potong ketul2 sederhana besar. Lupa pulak nak timbang hehe..
7) Segenggam cili padi.
8) 6 ulas bawang putih dihiris nipis.

Caranya:
1) Masukkan 3 cawan air, garam, epal, pear dan cuka ke dalam periuk. Masak atas api, bila mendidih kecilkan api dan masak selama 25 minit.
2) Bila dah tutup api keluarkan epal dan pear dan masukkan halia, cili dan bawang putih dan biarkan dalam periuk sehingga sejuk. Periuk jangan ditutup.
3) Dah sejuk boleh masukkan halia ke dalam balang kaca dan tutup balang. Supaya jeruk halia tahan lama selepas 24 jam, keluarkan air jeruk ini dan masak semula selama 10 minit diatas api yang kecil. Bila sejuk tuang semula kedalam balang tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. Sedap di makan selepas seminggu, insyaAllah.

*Biasanya halia muda tak tahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk. Ia mudah kecut dan khasiatnya banyak akan berkurangan.

Halia akan ranggup dengan menggunakan garam secukupnya seperti mana resipi yang diberi.

Ok…. resipi sudah diberi, apa kata yang membaca ni cubalah membuatnya dan jangan lupa komen yaa.. 🙂