Asam salam ikan senangin

Masakan tengah hari yang sangat simple tetapi berkhasiat, 🙂

Biasanya bila saya masak masakan ini saya suka masukkan cili padi, tapi kali ni terpaksa masukkan cili kering sebab cili padi dah habis. hehe
Ramai kawan kata ini masakan asam rebus, yelah jugak sebab kita cuma rebus je semua bahannya. Masak asam rebus ni ada macam-macam cara dan ini yang sangat simple dan tak perlu bawang. Jadi kalau di rumah kehabisan bawang bolehlah cuba resipi ni.

Jom makan, 😉

image

image

Bahannya:

1)  Ikan senangin
2)  Asam keping, daun salam, cili kering, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

Bila air dalam periuk dah mendidih masukkan ikan dan semua bahan (2). Kecilkan api dan masak selama 20 minit.

Senangkan masak asam salam ikan senangin ni, pejam mata pun boleh buat..kan? 🙂

Zucchini rolls

Ini adalah kali pertama saya buat zucchini rolls. Asalnya saya nak makan zucchini segar dengan telur je. Tiba-tiba terfikir, kenapa tidak saya cuba buatkan dan tengok apa hasilnya…

Sos telur kegemaran saya 🙂
image

image

image

Bahannya:

1) Satu biji Zucchini dibelah dua dan dihiris memanjang, goreng dengan sedikit minyak je agar tidak melekat dan balik2an (jgn nipis sangat, nanti susah nak balikkan semasa mengoreng)
2) Sebiji telur rebus dicampur dengan 1tbsp philadephia soft cheese, sedikit bawang besar yang dicincang, 1 tbsp sos salad, lada hitam dan garam secukup rasa. Lenyek telur hingga hancur dan gaul hingga sebati.

Saya rasa zucchini rolls ni sesuai sebagai appetizer..
Sedap? Bagi saya bestt!
Selamat mencuba dan semoga ada yang suka 😀

Nasi Lemak

Dah lama tak masak nasi lemak, tiba-tiba terasa teringin pula nak makan.

Saya suka masukkan halba, halia dan bawang besar bila masak nasi lemak ini kerana khasiat yang terkandung dalam halia dan halba sememangnya sangat baik untuk kesihatan.. bukan itu je, halia dan halba membuat nasi lemak ini berbau harum 🙂

Jom makan nasi lemak, hehe..

image

image

Sekali sekala sarapan pagi dengan nasi lemak best jugak. 😉