Kosmetik boleh menyebabkan kanser?

Tahukah anda bahawa paraben boleh menyebabkan kanser?

Saya ada membaca artikel yang mengatakan bahawa paraben yang digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam pelbagai kosmetik dan produk makanan mempunyai ciri-ciri estrogenik. Saintis telah lama mengetahui bahawa estrogen merupakan salah satu hormon yang boleh menyebabkan kanser payudara. Kini, penyelidik telah menemui hubungan langsung antara paraben dan kanser payudara. Satu kajian di dalam jurnal toksikologi, Mac 2012 mendedahkan paraben esters terdapat dalam 99% sampel tisu kanser payudara.

Ini membimbangkan kerana banyak barang kosmetik mengandungi paraben. Selalunya bila saya nak beli alat kosmetik, biasanya saya checklah juga label yang ditulis tu, tapi taklah faham sangat sebab kebanyakkannya nama-nama teknikal dan dipatenkan untuk variasi ramuan. Tak pernah tahu yang bahan-bahan seperti paraben ni boleh menyebabkan kanser

Penemuan ini adalah penting kerana kulit adalah organ yang terbesar yang boleh menyerap semua bahan yang diletakan padanya. Paraben yang paling biasa digunakan dalam produk kosmetik ialah methylparaben, propylparaben dan butylparaben. Paraben boleh didapatiĀ  dalam pelbagai produk pengguna seperti deodoran, syampu, losyen, kosmetik, ubat-ubatan dan aditif makanan. Oleh itu, cara terbaik untuk memastikan produk penjagaan badan tidak mengandungi paraben adalah dengan membaca label produk tersebut.

Lepas ni saya kena lebih berhati-hati dalam memilih kosmetik.

“Prevention is better than cure”

Rujukan:

99% breast cancer patients have parabens in their body

Yogurt dan kesihatan kulit.

Apabila saya membaca tentang kebaikan yogurt untuk kulit, saya rasa tak sabar pula nak mencubanya. Kononnya dalam masa yang singkat dah boleh nampak keberkesanan yogurt ke atas kulit kerana yogurt mempunyai lactic acid.

Lactic ccid adalah sejenis alpha hydroxy acid yang membantu membuang sel-sel mati, meningkatkan penampilan kulit dan mengurangkan kemunculan kedut pada kulit. Menurut University of Maryland Medical Center, lactic acid juga boleh menggalakkan kulit untuk menghasilkan elastin dan kolagen yang berperanan membuat kulit kelihatan muda dan sihat.

image

Yogurt yang mengandungi mineral zink dan antioksidan serta vitamin A dan C,
membantu kulit kelihatan segar. Yogurt organik adalah lebih baik kerana ia tidak mengunakan susu dari lembu yang dirawat oleh antibiotik dan hormon.

Saya akan cuba yogurt ke atas kulit muka dan selepas sebulan nanti nak tanya suami dan anak-anak, ada perubahan tak? Kalau pujian datang bertalu-talu, nampaknya kosmetik yogurt ini bolehlah diamal selalu hehe.. šŸ™‚

Cara yang disyorkan, sapu yogurt ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas seperti biasa.

Nota:Sesetengah orang mungkin alah kepada yogurt. Jika kulit mendapat kemerahan atau kesan sampingan lain, berhentilah menggunakan rawatan yogurt.

Oh ya jangan la pulak letak yogurt berperisa, nanti lain jadinya hahaha

Bacaan tambahan:


5 ways yogurt keeps skin glowing & gorgeous


Homemade wrinkle facial with organic yogurt