Hummus

Ini kali pertama saya cuba membuat hummus. Hummus ini adalah menu wajib setiap kali kami sekeluarga makan di restoran Arab. Senang je nak buat ni sebenarnya. Saya ambil resipi dari internet, tapi saya olah sedikit mengikut citarasa sendiri

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk kacang kuda
2) 2 tbsp bijan
3) 1/2~3/4 biji lemon
4) 1/3 cawan minyak bijan
5) 2/3 cawan minyak zaitun
6) Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) kacang kuda direndam semalaman.
2) Rebus kacang kuda + garam, sehingga empuk
3) Bijan digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan tumbuk hingga lumat dan masukkan sedikit minyak bijan
4) Campur kacang kuda, bijan yang telah ditumbuk, air perahan lemon, garam, minyak zaitun dan minyak bijan dan kisar hingga lumat.
5) Sekiranya adunan hummus masih pekat, tambahkan minyak zaitun.

Hmm… not bad!! 😉
Hummus ini sedap dimakan bersama roti pitta atau salad.

Selamat mencuba!

Warna air kencing dan penyakit

Selalunya bila kita buang air kecil, kita jarang ambil kisah pada warnanya. Kadang-kadang tu bila nampak kekuningan sedikit, kita fikir.. ni sebab kurang minum air. Sebab tu jadi macam tu.  Betullah juga. Bukan itu saja, tidak semua warna air kencing yang tidak normal adalah berita buruk, malah ada juga makanan dan minuman yang boleh mempengaruhi warna air kencing.

Tapi tahukah anda, air kencing boleh memberi maklumat yang lebih. Perubahan pada warna dan bau air kencing boleh memberi petunjuk penting tentang status kesihatan seseorang. Warna air kencing boleh mendedahkan apa yang telah dimakan, minum dan mungkin berubah disebabkan oleh sesuatu yang berbahaya seperti ubat-ubatan, penyakit berjangkit dan juga kanser.

Menurut seorang professor urology dari university of california, San Francisco, sekiranya kita melihat darah dalam air kencing, walaupun sekali, kira perlu pergi jumpa doktor sebab ia boleh menjadi tanda-tanda awal batu karang atau sejenis kanser. Katanya lagi, kalau warna air kencing macam Coca Cola, ia mungkin disebabkan darah lama dari tumor atau batu karang atau darah beku di dalam buah pinggang. Selain itu kerosakan hati juga boleh mempengaruhi warna air kencing.

Dehidrasi adalah punca masalah kencing yang sering dihadapi oleh ramai orang. Dehidrasi ini walaupun ia kedengaran biasa ia boleh menjadi sangat serius dengan cepat. Bila air kencing menjadi pekat, buah pinggang boleh menjadi tersumbat sehingga ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sekiranya air kencing menjadi gelap atau keruh adalah baik kita dapatkan pemeriksaan doktor. Tapi pastikan dulu bukan kerana makanan atau minuman yang kita ambil pada hari tu. 🙂
Mengambil vitamin larut air dengan berlebihan contohnya vitamin B complex boleh membuat air kencing kelihatan kuning neon. Begitu juga kalau kita makan makanan tertentu seperti sayur asparagus, petai atau jering boleh membuat air kencing menjadi busuk dan ini tidak menandakan bahawa kita menghidapi apa-apa penyakit.

Kesimpulannya, sekali sekala perlu juga monitor warna air kencing kita. Kalau nampak lain dari biasa tu, ia mungkin satu ‘warning signal’ kepada kita.

Nutritional Yeast dalam Masakan.

Terdapat beberapa bahan berkhasiat yang bila diambil begitu saja memang tak lalu! Contohnya seperti nutritional yeast, marmite, minyak zaitun, minyak bijan, cuka epal, rumpai laut dan lain-lain. Jadi apa yang selalu saya buat ialah memasukkan bahan-bahan ni ke dalam masakan harian supaya ia menjadikan masakan saya sedap dan berkhasiat

Contohnya baru-baru ini, saya tambahkan nutritional yeast lebih kurang 2 sudu besar ke dalam sup ikan. Nutritional yeast merupakan sejenis supplement yang mengandungi vitamin B, amino acid, folic acid dan mineral. saya ada menulis mengenai nutritional yeast dalam entri lepas.

image

Selain dari nutritional yeast, saya juga masukkan rumpai laut, wakame. Sebelum hidang, masukkan lada sulah dan tuangkan sedikit minyak zaitun.

image

image

Kalau sesiapa rancang nak turunkan berat badan, sup ni memang sesuai sangat di masukkan dalam diet ‘kuruskan badan’ dan makan tanpa nasi 😉