Udang Goreng Lada Putih

Assalamualaikum.

Entri untuk kali ini adalah untuk mereka yang gemar makan udang 😀

Jom cuba..
image

Bahan-bahan:
1) 6 ekor udang besar. Buang kepala dan urat hitam
2) 1/2 sudu teh serbuk lada putih
3) 1/4 sudu teh serbuk halia
4) 1/4 sudu teh serbuk kunyit
5) 2 sudu teh serbuk cili kering
6) Garam secukup rasa
7) 3 ulas bawang putih dicincang
8) 4 sudu besar minyak

Cara:

1) Satukan udang, serbuk lada putih, serbuk halia, serbuk kunyit, serbuk cili kering dan garam. Gaul sehingga rata. Perapkan selama 15 minit
2) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
3) Masukkan udang yang diperap dan goreng sehingga masak.

Selamat menjamu selera..

Pincuk Daging

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi resipi selera kasih iaitu pincuk daging.

Pincuk daging sedap dibuat dengan santan segar yang pekat. Macam kita buat kerabu, santan tidak dimasak dan semua bahan digaul bersama daging. Oleh kerana dirumah saya tiada stok santan segar jadi saya gunakan santan kotak. Resipinya saya olah sedikit mengikut citarasa saya. Hidangan ini memang sedap sekali kalau dimakan dengan sambal garam atau sambal belacan.

PINCUK DAGING
image

Bahan-bahan:

1) 350g daging batang pinang
2) 1 cawan air
3) 1/4 cawan santan kara
4) 1/4 cawan air
5) 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam
6) 50g bawang besar dihiris nipis
7) 2/3 sudu besar kerisik
8) 3 sudu besar jus lemon
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Potong daging kepada 3 ketul dan rebus dengan 1 cawan air sehingga masak. Toskan
2) Daging dihiris nipis
3) Masukkan daging, kerisik, santan, 1/4 cawan air dan serbuk lada hitam ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Padamkan api. Kemudian biarkan daging sejuk
4) Kemudian gaulkan daging bersama bawang, jus lemon dan garam sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

Ayam Serai Pedas

Assalamualaikum..

Ayam serai pedas adalah antara menu yang saya sajikan untuk suami dan anak semalam.

Walaupun banyak bahan diperlukan untuk masakan ini namun cara penyediaannya mudah dan ringkas. Menu ini agak pedas, jadi bolehlah kalau hendak kurangkan cili kering. Ikut selera anda lah ya 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil dan buang kulit
2) 30 tangkai cili kering, dihiris dan dibuang biji. Rendam sekejap dengan air panas dan toskan
3) 350g bawang besar
4) 25g bawang putih
5) 1 inci halia
6) 1 inci lengkuas
7) 8 batang serai
8) 1 tsp serbuk kunyit
9) 1 1/2 cawan air
10) 1/2 cawan santan kotak kara
11) 1 paket kerisik (30g)
12) 2 tbsp gula melaka
13) 5 tangkai cili kering dihiris dan buang biji
14) Garam secukup rasa
15) 3 helai daun limau purut dan 1 helai daun kunyit. Buang urat tengah daun dan hiris daun kecil

Cara:

1) Kisar bahan 2~9 sehingga lumat
2) Masukkan bahan kisar, ayam dan santan ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api.
3) Bila kuah hampir pekat, masukkan bahan 11~13
4) Akhir sekali masukkan garam secukup rasa, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sehingga rata.
5) Masak sehingga kuah pekat

Selamat mencuba