Acar Nenas

Assalamualaikum

Hari ini saya nak share resipi acar nenas yang saya buat pada tiga hari lepas.
Acar ini sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi. Saya suka makan dengan nasi putih. Anyway, bagi saya sedap dimakan selepas dua tiga hari dimasak, sebabnya rasa nenas ketika ini telah pun sebati dengan rempah..

Kepada peminat-peminat acar, selamat mencuba 🙂

image

1) 1 biji nenas masak dipotong sebesar ibu jari/terpulang citarasa
2) 150g kismis
3) 10 biji bawang merah
4) 5 biji bawang putih
5) 1 sudu teh halba campur/ rempah campur
6) 1/2 cawan minyak
7) 1/2 cawan cuka epal
8) 1/4 cawan gula
9) 1/4 – 1/2 cawan air
10) 1 1/2 sudu teh garam/ secukup rasa

Bahan kisar:
1) 1 labu bawang besar
2) 15 tangkai cili kering dibuang biji/terpulang pada citarasa pedas
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 sudu besar rempah kari ikan adabi
5) 1 sudu teh serbuk ikan bilis knorr/maggie

Cara:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan halba campur sehingga terbit minyak
2) Masukkan cuka, gula dan garam. Kecilkan api dan masak sehingga mendidih
3) Masukkan nenas, kismis, bawang putih dan bawang merah. Gaul sehingga rata
4) Masukkan air dan reneh sehingga pekat dan kacau
5) Untuk tahan lama, simpan acar dalam peti sejuk

Asam Pedas Bawal

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, hari ini dah pun 5 hari kita berpuasa.
Bagaimana Ramadan kali ini? Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik, supaya kita dapat melipat gandakan amalan dan mendapat keberkatan hidup, inshaaAllah.
Menu kami sekeluarga dibulan puasa seperti hari-hari biasa, simple saja.. Saya sangat berharap supaya dibulan ramadan ini, saya dapat mengelak dari melakukan pembaziran, terutama pada makanan. Alhamdulillah, hidangan yang disajikan semuanya habis dijamu suami dan anak-anak 🙂

Ok, entri yang anda nampak kali ini adalah juadah untuk berbuka yang dihidangkan semalam…

image

image

Asam pedas

1) 1 ekor ikan bawal dipotong 3
2) 3 tangkai daun kesum
3) 2 1/2 cawan air + asam jawa

Bahan dikisar
1) 1/2 labu bawang besar
2) 2 ulas bawang putih & 1/2″ halia
3) 20 tangkai cili kering
4) 1 sudu besar serbuk ketumbar
5) 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
6) 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
7) 1 /4 sudu teh serbuk kunyit
8) 1 sudu besar serbuk ikan bilis
9) Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumis bahan dikisar sehingga terbit minyak
2) Masukkan air asam jawa dan masak sehingga mendidih
3) Masukkan ikan. Mendidih kecilkan api, masukkan garam dan daun kesum. Reneh selama 10~15 minit

Ayam Goreng Selera Kasih

Assalamualaikum

Jom cuba resipi kegemaran Kasih untuk hidangan berbuka puasa nanti 🙂

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung (kecil) dipotong mengikut citarasa, kulit ayam dibuang
2) 1 labu bawang besar dipotong kiub
3) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4) Cili padi dihiris
5) 3 batang serai diketuk dan dipotong dua
6) 5 tangkai daun kari
7) 1/2 kiub pati ayam maggie dihancurkan
8) Serbuk kunyit dan garam

Cara:

1) Ayam digaul kunyit dan garam
2) Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa sehingga hampir garing
3) Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, daun kari, pati ayam dan goreng sehingga ayam garing
4) Tuangkan ayam bersama minyak ke dalam penapis
5) Toskan

♡ it 😉