Kerutuk Ayam

Assalamualaikum..

Hari ini saya kongsi resipi Kerutuk Ayam. Masakan ini sedap juga dimakan bersama pulut dan nasi himpit. Sangat sesuai dihidangkan pada pagi Raya Aidil Fitri..

image

Bahan-bahan:

1 ekor ayam, saiz sederhana
1/2 cawan minyak
15 bawang merah dihiris nipis
25 cili kering dikisar dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
1/2 cawan santan kotak jenama kara
1 cawan air
1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

3 ulas bawang putih
2 batang serai
50g halia
25g lengkuas
4 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan air

Bahan Rempah:

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar

Cara:

1) Ayam dibuang kulit dan dipotong 8
2) Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak. Padam api
3) Satukan bahan kisar dan rempah ke dalam mangkuk. Masukkan ayam, gaul rata. Perapkan 15 min.
4) Masukkan ayam yang diperap dan 1 cawan air ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih
5) Kemudian masukkan cili kering yang telah dimasak, santan, kerisik, asam gelugur dan gula. Kacau sehingga rata.
6) Setelah mendidih, kecilkan api dan masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan garam secukup rasa.

Ayam Serai Lemon

Siapa kata, makanan berkhasiat tidak enak. Hanya menggunakan sedikit kreativiti dalam penyediaan, satu hidangan itu boleh menjadi sedap dan sihat untuk seisi keluarga…

Hari ini saya nak kongsi satu masakan sihat iaitu ayam serai lemon. Cara masaknya senang, rebus saja dan memerlukan masa hanya 20 minit.
Masakan yang berkhasiat ini sesuai sangat dihidangkan terutama di bulan ramadan yang akan tiba tak lama lagi..

image

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung saiz sederhana dibuang kulit dan dipotong kecil
3 cawan air
1 sudu teh biji lada hitam
2 batang serai diketuk
10 biji cili padi diketuk / terpulang pada citarasa pedas
Jus 1 1/2 biji lemon / terpulang pada citarasa masam
1 labu bawang besar – dibelah empat
Garam secukup rasa

Cara:

1) Panaskan 3 cawan air sehingga mendidih
2) Masukkan ayam, serai dan lada hitam dan masak sehingga ayam empuk
3) Masukkan bawang dan cili padi dan masak sekejap
4) Akhir sekali masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Ayam Goreng Bunga Kantan Sos Tiram

Assalamualaikum

Hari ini saya kongsi satu resipi baru…

Jom cuba

image

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung dipotong 10 ketul, buang kulit ayam dan gaul garam kunyit
2) 3 kuntum bunga kantan dihiris nipis
3) 3 batang serai dihiris nipis
4) 12 tangkai cili kering dihiris, biji dibuang
5) 5 ulas bawang putih diketuk
6) 1 1/2 sudu besar sos tiram
7) Minyak

Cara:

1) Panaskan minyak secukupnya
2) Masukkan semua ayam dan goreng sehingga hampir kekuningan
3) Masukkan bunga kantan, serai, bawang putih dan cili kering dan goreng sehingga ayam sedikit garing
4) Akhir sekali masukkan sos tiram. Kacau sehingga sebati
5) Kemudian toskan semua bahan yang digoreng.