Herba Sage

Sage adalah herba yang sangat popular, bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga dikatakan sebagai penawar kepada berbagai penyakit.

image

image
bagi saya sage adalah herba yang harum

image
(sage adalah salah satu herba kegemaran saya, biasanya saya beli yang dikeringkan dan organik tapi baru2 ni pergi supermarket beli yang ‘fresh sage’ . Kalau nak buat teh sage dari daun kering, gunakan separuh dari daun segar. Saya biasanya guna cuma 3 keping sage kering dalam secawan air panas, rendam selama 15 minit. Pastikan cawan ditutup semasa rendam sage)

Sage membantu membersihkan darah dan menyahkan toksik, mungkin boleh menghalang penyakit Alzheimer, anti radang, anti hipertensi dan anti diabetes. Satu kajian dari saintis jabatan mikrobiologi dan kemoterapi di Kamura Jepun, menunjukkan teh sage dapat membantu mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk. Dikatakan sage baik untuk kesihatan otak dan mulut dan detoksifikasi hati. Teh sage dikatakan juga dapat merawat sakit tekak dan batuk. Sage dapat melegakan simptom ‘ hot flashes’ bagi sesetengah wanita yang menghadapi menopaus.

Penyakit sawan, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang boleh bertambah serius jika mengambil sage pada dos yang berlebihan begitu juga dengan pening kepala dan degupan jantung yang laju. Jika mengalami gejala2 seperti sukar bernafas, sakit dada, gatal2 kulit, ruam dan bengkak, ini mungkin anda mengalami alahan kepada sage. Ibu2 yang menyusu dinasihatkan tidak mengambil sage kerana boleh mengeringkan aliran susu.

Walaubagaimana pun maklumat yang diberi di laman blog ini tidak bermaksud sebagai pengganti nasihat daripada doktor atau penasihat professional kesihatan.

Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.

image

Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing.

image
Sekiranya nak lebih kuat aroma dan rasa buah pelaga, ketuk2 buah pelaga dan rendam selama 10 ke 15 minit ke dalam air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau suka boleh maniskan dengan madu.

Sebenarnya banyak herba yang terdapat di dalam kabinet dapur kita, boleh memberi kebaikan kepada kesihatan badan, cuma kita perlu tahu bagaimana nak manfaatkannya.
Apa pun bila nak mencuba, mulalah dengan kuantiti yang sedikit. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, sesuatu yang sesuai dengan kita belum tentu sesuai dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.