Pewarna Makanan: Adakah ia selamat?

Bahan pewarna sintetik atau tiruan sering digunakan di dalam makanan supaya makanan kelihatan lebih lazat, lebih menarik dan menyelerakan. Namun selamatkah bahan kimia ini untuk dimakan? Ramai diantara kita masih berwaspada dengan penggunaan pewarna di dalam masakan kerana terdapat laporan mengenai hubungkait antara pewarna merah no.2 dengan kanser. Pewarna merah no.2 telahpun diharamkan untuk dijual di Amerika Syarikat, namun begitu beberapa pewarna makanan lain boleh juga memberi kesan-kesan yang negatif pada kesihatan manusia.. Contohnya, pewarna kuning no.6 boleh menyumbang kepada terjadinya ketumbuhan pada buah pinggang dan pewarna kuning no.5 boleh mencetus gejala asma dan gatal-gatal. Pewarna merah no.3 juga boleh menyumbang kepada kerosakan kromosom dan tumor tiroid. Warna ini bila digabungkan dengan warna biru boleh menyebabkan penyempitan bronkus.

Satu analisis kajian pada tahun 2010, mengenai hubungan antara pewarna makanan dan kesihatan oleh The Center for Science in the Public Interest (CPSI) menemui bukti menyakinkan bahawa pengambilan pewarna makanan tiruan boleh mencetuskan masalah kegelisahan dan hiperaktif dalam kebanyakan kanak-kanak.

Ada yang mendakwa bahawa pewarna tiruan adalah toksik dan kuantitinya mungkin cukup untuk menyebabkan kanser. Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita untuk mengelak dari mengambil makanan yang mempunyai pewarna tiruan, bagi memastikan kesihatan kita sekeluarga terjamin. Emmm.. fikir-fikirkanlah.

Ok itu sajalah info tentang pewarna tiruan…

Sekarang marilah kita tengok pula resipi ikan bilis kurau yang saya masak untuk dinner semalam. ๐Ÿ™‚

IKAN BILIS KURAU ASIN REMPAH

 

1449052935499

Bahan-bahan:

1) Segenggam ikan bilis
2) 1 labu bawang besar dihiris nipis
3) 1 sudu teh biji ketumbar
4) 1 sudu teh biji lada hitam
5) 1/2 sudu teh jintan putih
6) 1/2 sudu teh jintan manis
7) Cili padi dihiris
8) Ikan masin kurau dihiris kecil kiub (banyak ikan masin lagi sedap)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan goreng semua bahan 2~8 sehingga bawang menjadi kekuningan dan garing.
2) Kemudian tuang bahan yang digoreng ke dalam penapis dan toskan
3) Panaskan minyak yang baru dan goreng ikan bilis sehingga garing, tuangkan ke dalam penapis dan toskan
4) Gaul rata ikan bilis dengan ikan masin. Dah pun boleh dihidang.

Selamat mencuba, masakan ini memang meningkat selera makan saya.. sekali sekala je masak ni. ๐Ÿ˜‰

.

.

.

Food Coloring & Health Problems

The Dangers of Artificial Foods Colors

Artificial Food Coloring Health Effects

Advertisements

Mengapa dan Kenapa (2)

Ketika ini saya ingin membicarakan tentang kajian ilmiah yang dilakukan di England satu ketika dulu. Bagaimana makanan mempengaruhi perangai kanak2. Ramai kita beranggapan bila anak2 menjadi hiperaktif atau moody kita fikir ini, diluar kawalan kita. Mungkin anak2 ini ada masaalah psychology (mungkin betul ada tapi sebelum itu perlulah selidik dulu, adakah itu benar2 puncanya) tapi pernahkah kita betul2 melihat corak pemakanan kanak2 ini. Katakan kita mempunyai 4 orang anak. Kita beri mereka makanan yang sama, tapi kenapa
Seorang dari mereka berperangai lain, menjadi ganas, lembap, moody dll. Kajian mendapati ada makanan2 bolehย  menyebabkan kanak2 menjadi begitu. Ada makanan yang sesuai untuk kakak belum tentu sesuai untuk adik. Jadi bila ada anak2 yang bermasaalah begini catat lah makanan harian mereka dan perhatikan emosi dan tingkah laku, insyaAllah anda akan dapat mengenal pasti punca bagi masaalah ini.(Ada kanak2 bila diberiย  makan ubi kentang atau makanan yang ada pewarna kuning, kajian mendapati kanak2 ini kadang kala menjadi hiperaktif.)

PMS dan STRES, inilah topik pembincangan saya dengan beberapa pelajar Universiti satu ketika dahulu.
Semasa saya berusia 20 tahun, saya selalu tertanya2 mengapa wanita bila mengalami haid, emosi mereka terganggu, cepat naik marah, tak sabar dan banyak lagi perangai yang memang tidak menarik. (ye betul, hormon! hahaha….) oleh kerana perasaan ingin tahu berkobar2, dengan semangat yang jitu saya mengambil satu masa meluangkan diri untuk berkampung di dalam sebuah ‘library’. Tiba2 saya terbaca…..

Beberapa (tidak le ramai)Pelajar2 universiti memberitahu saya mereka selalu mengalami stress dan pms. Dan ini benar2 mengganggu mereka. Kadang2 sampai hilang mood nak berlajar. Saya beritahu mereka ambil le vitamin B Complex dan vitamin C kerana ini baik untuk stres dan pms. Jawab mereka, kami dah ambil tapi tiada kesan…

Ilmu yang saya dapat ketika berkampung di dalam ‘library’ benar2 mengembirakan saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana ia sangat bermanfaat bagi saya, ketika saya amalkan semasa berusia 20 tahun. Saya beritahu pelajar2 ini, ambillah vitamin B complex dan Vitamin C dengan dos yang tinggi ( vitamin2 ini larut air, insyaAllah selamat) ketika pms dan stres sahaja dan beritahulah saya bila kita bertemu. Alhamdulillah, berkesan bagi mereka!

Kadang2 baik untuk kita belum tentu baik untuk orang lain (so check dengan doktor).