Pudding Nagaimo

Bila saya masak sup herba ikan, saya akan masukkan nagaimo kering. Jadi baru-baru ni saya nampak nagaimo segar, saya pun belilah. Mahal harganya, 48 ringgit satu. Saya fikir tidak mengapalah mahal sebab besar jugalah nagaimo ni dan pernah baca nagaimo baik untuk kesihatan. Ia boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus. Hmm.. sangat berkhasiat dan sebaik-baiknya di makan mentah.

Sampai saja ke rumah saya terus ke dapur, tak sabar-sabar nak cuba nagaimo ni. Oh no! hahaha tak boleh nak telan. Nagaimo tidak ada rasa dan sangat berlendir. Hairan sungguh macam mana orang-orang Jepun boleh makan. Biasanya nagaimo dihidangkan sebagai ‘side dish’.

Saya terfikir, bagaimana ya nak habiskan nagaimo yang besar ini, hehe

Pudding Nagaimo, yess!!

image
Nagaimo (Chinese Yam/ Keladi Cina)

image

image

image

image
Pudding Nagaimo yang berkhasiat!!

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk nagaimo yang telah di sagat
2) 2 mangkuk air
3) 5tbsp tepung jagung
4) Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Masukkan air dan nagaimo ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan kecilkan api dan biarkan atas api sekejap dan sentiasa kacau.
2) Tepung jagung dicampur dengan sedikit air, kacau dan tuang ke dalam nagaimo dan kacau hingga masak dan sebati
3) Tuang ke dalam bekas mangkuk yang kecil dan biarkan sejuk
4) Tuang madu ke atas pudding. Saya tidak gunakan gula sebab, untuk makanan yang berkhasiat sebaik-baiknya jangan masukkan gula.

Bagaimana rasanya pudding nagaimo?
Nampaknya nagaimo lebih sedap di makan dengan madu.
Baki nagaimo, nak masak apa ya?

Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini