Kimchi & Jeruk.

Pagi tadi mak dan adik saya bertolak pulang ke Alor Setar setelah berada di rumah saya lebih dari 2 minggu dan beberapa hari lepas kami sama-sama buat kimchi. Banyak jugalah kimchi yang kami buat supaya mak saya boleh bawa pulang sebahagian kimchi kegemarannya ini. Kata mak saya, buat banyak boleh stok untuk bulan puasa… mereka suka sangat makan kimchi, dah jadi macam orang korea lah pula, hehe…

Beberapa kajian telah menunjukkan kobis yang diperam kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Anyway, jom tengok betapa banyaknya kimchi.. 8 biji kobis napa, dapat satu kuali besar 🙂

KIMCHI KOBIS NAPA

1448535183713

 

 

1448534621626

1448534974899

1448534854080
JERUK DAIKON/LOBAK PUTIH

1448534747354

 

 
Ketika saya di Korea baru-baru ini, dalam satu jamuan saya telah di jamu dengan jeruk daikon.. bagi saya jeruk tu sangat sedap. Jadi saya cubalah buat jeruk daikon, walaupun tidak 100% sama rasanya tapi mungkin 85%, sedap juga… Resipi jeruk daikon saya ikut sama dengan jeruk kai choy dan begitu juga dengan jeruk kobis napa. Saya tak tahu bagaimana rasa jeruk kobis napa sebab pagi tadi sebelum mak saya bertolak pulang saya terus bagi padanya. InsyaAllah, nanti saya akan buat jeruk kobis napa dan kalau sedap bolehlah masukkan dalam blog… 🙂

Resipi kimchi: https://kasihilmar.com/2012/12/16/kimchi-makanan-berkhasiat/

Resipi jeruk daikon dan kobis napa: https://kasihilmar.com/2013/03/28/jeruk-kai-choy-jeruk-kobis-bunga/

Kimchi ikan senangin

Hahaha…kimchi lagi ;).
Ini memang menu favourite saya minggu ini, semua benda saya kimchikan sampai anak saya pun bising,” kimchi lagi! ” katanya. Nak buat macammana, mamanya peminat cerita korea.

Resipi ini mudah, cuma rebus ikan hingga masak dan kemudian masukkan kimchi dan biarkan atas api kecil selama 10 minit. Kalau suka pedas masukkan cili padi.

image

Nampak macam masakan asam pedas tapi rasanya berbeza. Dua-dua pun saya suka!

image

Ok, no more kimchi for this year! 😀

Eksperimen Kimchi

Hari ini saya buat kimchi lagi, kali ini dengan kuantiti yang lebih banyak. Saya buat tiga jenis kimchi yang berbeza, asasnya sama cuma saya guna jenis sayur dan ramuan yang lain untuk mengkaji yang mana lebih sedap. Untuk balang A, saya kekalkan resipi asal seperti entri sebelum ini. Balang B pula saya gunakan sayur daikon, carrot, kobis, fennel bulb, daun bawang, dan kacang buncis. Sayur2 ini dipilih kerana ia lebih rangup dan akan memberi kelainan pada rasa kimchi. Untuk Balang C pula saya guna sayur yang sama seperti balang B tapi saya masukkan 2tbsp madu, 2 tbsp cuka epal, 2 tbsp serbuk cili dan 1 tbsp minyak zaitun.

image

image

Kimchi A
image

image

image

Kimchi B
image

image
Resipi kimchi terdapat dalam entri sebelum ini, kimchi makanan berkhasiat

Kimchi C
image

Hasilnya?
Kena tunggu lagi seminggu 🙂

Updated: Hasil ujian selepas dari seminggu Balang A dan B, sedappp. Balang C tak sedap, hihihi.. 😦