Korea: Namsangol Hanok Village

Lebih kurang pukul 11 pagi, saya pergi melawat Namsangol Hanok Village. Di sana terdapat 5 buah rumah tradisi Korea dari zaman Joseon yang dipindahkan ke situ dan dibaikpulih semula. Rumah-rumah tradisi ini terdiri dari rumah bangsawan dan juga rumah orang biasa. Luas kawasan di situ lebih kurang 2 ekar. Pembinaan dikatakan bermula pada Dec 1993 dan tamat 5 tahun kemudian termasuk mengindahkan taman dengan pokok-pokok dan sungai.

image

image

image

image

image

image

image

image
Namsangol Hanok Village bererti “A village of traditional houses in the Namsan Valley” adalah kampung tradisi Korea. Hanok bermaksud rumah tradisi.
Lawatan ke sana bagi saya amat menarik… 🙂

Korea : Seoul Tower

Pada waktu petang saya ke Seoul Tower, yang terletak di tengah kota Seoul, lebih tepat di Namsan Park. Ketinggian Seoul Tower adalah melebihi 480 meter, tetapi observation tower di situ hanya 370 meter tinggi atas paras laut. Jika  cuaca baik dan tiada pencemaran udara, kita akan dapat melihat keseluruhan bandaraya Seoul dan kawasan sekeliling. Disitu juga ada Fairy Land dan Global Village Folk Museum. Tiket ke Observatory Tower harganya 5000 Won atau lebih kurang RM 15, tetapi kalau harga pas ke tiga tempat adalah 9000 Won. Untuk naik ke atas kita perlu berjalan mendaki bukit sedikit kerana bas berhenti agak jauh. Anyway, it is a very good exercise.

Dari Seoul Tower saya dan rombongan dibawa ke Restoran Korea yang terkenal dengan makanan tradisi korea.

image

image

VIEWS FROM OBSERVATORY TOWER

image

image

image

image

KOREAN TRADITIONAL DANCERS IN HANBOK DRESS

image

TRADITIONAL MUSICAL PERFORMANCES

image

image

THE TRADITIONAL DINNER AMBIENCE

image

image

KOREAN FOOD

image

To my mind, this was a really memorable evening, something that I will cherish for a long  time.   🙂

Korea : Lawatan ke Istana Gyeongbok

Gyeongbok adalah istana pertama yang dibina oleh Dinasti Joseon. Istana ini adalah yang paling besar dan terhebat diantara lima istana yang terbina pada zaman itu. Istana Gyeongbok telah dibina pada abad ke-14 dan telah musnah beberapa kali, setiap kali ianya dibina semula. Ia terletak di tengah-tengah ibu kota Korea, Seoul. Pintu masuk utama ke Istana Gyeongbok ialah Gwanghwamun Gate.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

GWANGHWAMUN GATE

image

Kawasan istana ini sangat luas dan kami hanya meluangkan masa selama 1 jam untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di persekitarannya. Tempat ini amat cantik, terdapat tasik, ada juga istana kecil di tengah tasik. Rekabentuk istana ini memang amat menarik; pembinaan yang begitu teliti. Sebenarnya kita perlu lebih banyak masa jika betul-betul mahu melihat keindahan keseluruhan kawasan istana ini…